Sajad dan kaum LGBT
Kecoh juga hari ini bila individu ini dikatakan menunaikan umrah sebagai orang perempuan.
Pakai telekung solat orang perempuan, masuk tempat solat orang perempuan. Dan logiknya, mesti dia guna tandas orang perempuan.
Maka bertebaranlah orang pakat share passport dan gambar sebenar dia sebelum ini.
Ada orang kata, jika dia tipu, itu dosa dia dengan Tuhan. Kita doakan yang baik-baik saja.
Namun pada aku, tidak boleh begitu. Bumi Mekah dan Madinah ini dua tempat paling suci bagi orang Islam. Tidak boleh main-main dengan Haramain ni. Kena ambil serius.
Jika di tempat paling suci pun kita masih biarkan benda tak betul berlaku dengan alasan 'Itu urusan dia dengan Tuhan', pada aku tidak kena kerana pihak berwajib di negara kita ada autoriti dan kuasa untuk check dan sahkan status jantina dia.
Tindakan seorang awww atau dua alam atau apa sahaja gelaran yang membawa maksud seorang lelaki menyerupai wanita kemudian menggunakan kemudahan wanita, memasuki ruang solat wanita di Tanah Haram adalah satu isu besar.
Ia tidak boleh dipandang remeh dengan alasan 'Doakan yang terbaik' dan seumpamanya. Doa tetap doa. Maksiat dan benda tak betul perlu kita sekat.
Tidak boleh menghalalkan benda haram hanya kerana bersangka baik. Tidak boleh begitu.
Siapa sahaja, jabatan apa pun yang punya autoriti perlu memandang serius hal ini dan mengambil tindakan segera.
Mohon semak balik siapa sebenarnya individu ini. Jika benar perempuan, umumlah di media massa dan semua orang boleh terima hal ini.
Namun jika dia sebenarnya seorang lelaki, ia adalah satu penghinaan besar pada agama bila lelaki dengan sengaja menyerupai wanita dan memasuki ruang peribadi hanya untuk wanita sahaja.
Hal ini sepatutnya dah lama pihak berwajib siasat dan ambil tindakan. Sekarang sampai ke Tanah Haram pun dia berani berleluasa lagi.
Apa istimewa dia sampai pihak berwajib tidak berani untuk mendedahkan identiti sebenarnya?
Kita sedang redha dengan perkara yang salah jika terus berdiam diri dan hanya serah semuanya pada Tuhan.
Kementerian, jabatan atau apa sahaja pihak yang berautoriti tolong. Tolong jangan benarkan penghinaan terhadap agama kita seperti ini berlaku lagi.
Tolonglah bertindak.
#MFS
.
XOXO Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment