Roti puri

Bila dok rumah ni... Macam2 akai kluaq no... Hahaha... Tak pernah terpikiaq nak buat roti puri ni 😅

Terima kasih Afzan Jalaluddin sbb share resepi yg best ni. Mudah ja rupanya nak buat. Hihihihi... Sedap sangat roti puri ni.

Insya-Allah.... Nanti buat lagi.

Resepi yg Afzan bagi....ikut ja step by stepnya.

1 adunan ni... Bole dpt dlm 15bj roti puri saiz sedang. Kena 2 bijik pun kenyang ya Rabbi... Cicah pulak dengan gulai ikan perangat dan sambai ikan bilis... Best... Hahahaha

RESEPI ROTI PURI BELON

2 cawan tepung gandum
1 sdb yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

cara2
- tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan sebesar bola pingpong..perap selama ½ jam...
- setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..
- panaskan minyak, minyak kena betul² panas yer baru roti kembong...goreng sampai agak kekuningan... (update... Hijriah nak pesan : jgn lupa siram myk hangat atau roti masa goreng supaya kembong).

Boleh mkn bersama sambal sardin @ gulai ayam..

Kredit Resepi : cik puan julieta ( tatau la mana Afzan copy.... from fb ka ig)












#bilaiburayyanmasukdapur
#bilaibubelajarmasak
#stayathome
#rmoday14

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Last day of RMO Phase 1

Hari ni... Baru hari ke14. Which also means... Final day utk RMO yg first phase. Esok bakal masuk second phase. Will it really end by 14/4 and we can get back to our routine by 15/4...no one knows that. Let's pray for that.

For now... Let's continue working. We pay to work from home. Don't misuse it. 😉


Back to back meeting... Penat... Aiyoooo




XOXO Lots of loves -H3H-

Dinner on his birthday

Our dinner tonight. Birthday celebration cara MCO/RMO. As he requested, ibu belikan KFC for our dinner. Qenyih kemain la... Dpt KFC. Bersyukur dengan rezeki yang ada ya, anak. Alhamdulillah... Dapat jugak makan KFC.

Ibu kata nk Bake oreo ciskek... Bahan dah beli... Tpi.... Hihihi... Nanti la ibu buat ya ✌🏼










XOXO Lots of loves -H3H-

Happy birthday Sweethearts

 
 
Happy birthday to my heroes.... Ayah dan anak.... Wawan dan cucu. 🧓👦
 
Ibu loves you both, so much. 😘😘😘😘😘... My love is eternity... Infinity....
 
Semoga kita dilindungi dan terhindar dari wabak ini... Semoga there is more years to celebrate.
 
P/s : anak dah bole buat MyKad.... Tp tunggu nanti la baru kita pi buat 😅
XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 Jokes : Booooo trump




XOXO Lots of loves -H3H-

Be a good Monday

Good morning... Ceria kan hari anda dengan Arabus yang terakhir 🤣🤣🤣🤣


Happy working... Nak gaduh pun la ni... Kita gaduh kat virtual meeting room je la no.... Hahahaha....



XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : Doa

 
 
Tahun 2020 ni .. kalau tak dapat beraya sakan pun tak apa ..
Tahun ni.. kalau tak ada baju raya pun tak apa..
Tahun ni.. kalau tak ada bazar ramadhan pun tak apa ..
Asalkan satu dunia kembali pulih..
Asalkan kita dah boleh bebas berjalan ke sana sini..
Asalkan semua sihat ..
Asalkan kita dah boleh kembali bekerja dengan senang hati..
Asalkan dapat berkumpul dan berjumpa dengan keluarga tersayang...
Dah bersyukur sangat dah 🤲🏻
Tenang , semua akan kembali pulih . Mungkin lambat sikit kan ? dah mula rindu semua aktiviti2 luar ..sama2 lah kita berdoa semoga Covid - 19 ni lenyap..
Sama - Sama Aamiinkann🤲🏻
Copy n paste di wall masing² supaya ramai lagi akan "Aamiin" kan 🤲

XOXO Lots of loves -H3H-

Status penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Statistik COVID-19 seluruh dunia.

Negara Amerika Syarikat mempunyai kes yang paling tinggi iaitu 124,217 kes atau 18.7% daripada jumlah kes seluruh dunia.
 




XOXO Lots of loves -H3H-

Syukur dengan apa adanya....jangan dengki pada rezeki orang



Sebuah banglo di atas bukit,
Dengan kereta Alphard dan sebuah motor Ducati di halaman rumah,
Suami isteri sedang bersembang di ruang tamu,
Sambil ditemani TV bersaiz 60 inci,
Duduk di atas sofa kulit import dari Itali.
Berkata si isteri,
Bang, mencabarnya hidup kita sekarang masa PKP ni.
Duit belanja kita dah berkurang,
Barang dapur dah banyak habis,
Job dahlah takde.
Aiskrim Haagen Dazs kesukaan anak-anak dah habis,
Lobster pun dah habis,
Salmon yilek,
Ekspresso awak pun boleh bancuh sekali je lagi,
Pasta pun habis.
Macamana kita nak hidup ni ?
Dahlah tak dapat bantuan.
Haissh,
Untung orang dapat bantuan tu,
Takdelah susah macam kita.
Suami kemudian berespons,
Entahlah,
Saya pun buntu.
Apa kita nak makan esok ni.
Duit belanja dapur dah merosot,
Ada RM3000 je lagi ni.
.
Di ceruk kampung,
Ada sepasang suami isteri bersama 7 orang anak,
Di dalam sebuah rumah sewa 3 bilik,
Yang kecil sahaja.
Ahli keluarga sedang menikmati nasi bersama telur kicap,
Di atas bentangan suratkhabar,
Hidangan yang sama sudah seminggu,
Semua menjamahnya dengan penuh selera.
Suara suami mencecah kesunyian,
Tadi abang dengar di radio jiran,
Kerajaan nak beri bantuan pada kita yang susah ni.
Bolehlah beli ayam sekor,
Ikan sikit.
Beli apa yang patut je,
Makan apa adanya je.
.
Tahap kesusahan bagi level orang kaya dan orang miskin itu ternyata berbeza.

Kredit:Aqilah Nor

XOXO Lots of loves -H3H-

Restocking

Someone happy face when open the freezer.

Mana tak happy... Ibu baru restocked aiskrim untuk dia 😅




XOXO Lots of loves -H3H-

Happy advance birthday my loves

Happy advance birthday Ayah dan anak.

An early celebration sbb RMO x bole nk celebrate mcm selalu.

Kita celebrate simple2 ja... Asalkan bole menggembirakan hati ayah, mak dan anak.

Pavlova fav ayah as birthday cake.








We cooked mi kuah ketam dan udang, grill lamb and sotong.









Makan sampai tersandaq 😅

Semoga Allah merahmati keluarga kita dan memberkati kita... Dunia akhirat.

Ibu buat bunting masa birthday awak yg ke 6 ke 7 ntah... Lost count. Tapi... Nampak gayanya... Pakai la sampai reput ya 🤣🤣🤣🤣... Kita recycle ja tiap2 tahun 😜



XOXO Lots of loves -H3H-

Thank you, husband

Terima kasih sebab tolong baiki pintu rumah mak. 3 hari dah pintu x bole bukak...kena guna pintu dapoq or siliding saja.



Koibulat jugak no rupanya laki aku....hihhihihi

XOXO Lots of loves -H3H-

MCO Day 10

Ni namanya tadak kerja.

Lama jugak tak selfie no. Jom la kita selfie.
Muka yg dah kembang...koi kembang....hahahah





Kita manfaatkan masa bersama yang ada ya.

XOXO Lots of loves -H3H-

TERKINI: Wabak #COVID19 di Malaysia, 27 Mac 2020.




130 jumlah kes baru.

2,161 kes keseluruhan setakat hari ini.

54 pesakit di ICU termasuk 34 pesakit bergantung kepada  alat bantuan pernafasan. - KPK @DGHisham

TERKINI: Bilangan pesakit #COVID19 yang berjaya disembuhkan di 🇲🇾 terus 🎈meningkat kepada 2⃣5⃣9⃣

Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan discaj. 🎈

🎈Kita ulang dan akan terus ulang ucapan terima kasih dan tahniah kpd pasukan perubatan KKM. 🎈

TERKINI: Kematian akibat wabak #COVID19 di Malaysia 5pm,  27 Mac 2020.

Kematian terus meningkat kepada 2⃣6⃣

Sebahagian besar kematian adalah  golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
Kes kematian ke 25 (pesakit 2,032) ialah lelaki tempatan berumur 83thn yg mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pd 25 Mac dan disahkan meninggal pd 26 Mac jam 6.55pm.

Kes kematian ke-26 (pesakit 1,321) lelaki tempatan 53thn.

Beliau adalah kontak rapat kpd kes positif kes ke-1,309.

Dirawat di Hospital Sg Buloh pd 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 27 Mac jam 10.30am.

Salam takziah drpd KKM kpd keluarga pesakit.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, Daerah Kluang, Johor melaporkan sebanyak 88 kes positif COVID-19, dengan 74 adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu
Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di dua kawasan itu bertujuan membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan.

KKM sasar 300 sampel ujian diambil setiap hari bermula
hari ini. Persampelan diutamakan kpd kontak rapat, individu bergejala dan golongan berisiko.

XOXO Lots of loves -H3H-