Gastrik

Rasanya dah hampir 10 tahun aku tak kena gastrik yang gila teruk.

Rasa macam nak mati. Lembik. Perjalanan nak balik rumah dari opis, rasa mcam jauh sangat.

Alhamdulillah....selamat jugak sampai, walopun terpaksa berenti rehat kat padang serai sebab dah tak larat sangat nak drive dah.

Rasa alahan mengandung dulu....apa saja yang masuk mulut, teruih muntah balik....walopun ayaq kosong. Allah....peritnya.

Bila tringat macam ni, mula terpikir...sebab ni la kot anak aku sorang ja. Sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.



XOXO Lots of loves -H3H-

Sweat it out

Sweat is fat crying, make it RAIN!!









XOXO Lots of loves -H3H-

Ninja

Don't feeling well these days.
Demam dan batuk...plus sakit kepala. So...dengan keadaan sekarang,...dgn virus bertebaran la ni...kita jadi ninja la sat. Hihihihi....







Ninja2 pun....lambat jugak balik.

XOXO Lots of loves -H3H-

Asaaappppp

Panaih oiii...kena bersidai kat luaq ni.
Tatau la asap apa penuh satu opis.

Sib baik la....sat ja...after sejam dah bole masuk opis balik dah.

 
 


At least...sempat la kita minum petang dulu....haahaha






XOXO Lots of loves -H3H-

Happy Birthday Jazrina

Happy birthday, Jaz. Birthday terakhir solo ya...hujung bulan ni dah nak jd Puan Jazrina.
Semoga dipermudahkan, dik.

Sorry...kami beli ja kek. Tak berapa sihat nak bake 1 for you.








XOXO Lots of loves -H3H-

MRH vs UPSR

Malam ni, budak kecik ni ajak ibu pi cari buku karangan yang cikgu suruh.



XOXO Lots of loves -H3H-

Eskrem Malaysia

Panaih2 ni, best sangat makan eskrem. Ibu kena tambah stok eskrem Malaysia.

So, next...flavour apa?




XOXO Lots of loves -H3H-

Selamat Pengantin Baru Lia dan Razaq

Terima kasih, Lia.

Tahniah dan selamat pengantin baru. Lia ni BFF my adik ipaq. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Lia order kek red velvet untuk majlis dia.




Tukang buat kek cuak gila, dah la panaih amat hari ni...RV kan layer cheese...pengantin soh bwk kek awai. Budak2 dok main keliling kek...berdebaq aih.

Sib baik selamat kek tu dipotong....Alhamdulillah.

XOXO Lots of loves -H3H-

Coincidence?



Kalau dibaca, ia mungkin kedengaran seperti memes atau bahan jenaka dikaitkan dengan wabak penyakit yang bermula di China dan kini kian menular ke seluruh dunia. Namun begitu, ini ialah fakta sejarah yang sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pada tahun-tahun tersebut, sememangnya ada penularan wabak penyakit yang menggemparkan seluruh dunia

Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Marseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini

Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air di kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Penyakit ini telah menyebabkan kira-kira 100 ribu orang terkorban ketika itu

Apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu pada tahun 1920 iaitu 100 tahun yang lalu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit yang paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian yang mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu. Kira-kira 500 juta orang telah dijangkiti oleh Spanish Flu ketika itu

Kini di tahun 2020, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, beberapa negara di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Singapura

Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan? Wallahua’lam! Apa yang kita boleh lakukan ialah mengambil berat tentang kesihatan kita dengan mengikuti langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, selain memanjatkan doa agar negara dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada bencana dan wabak penyakit.

From here

XOXO Lots of loves -H3H-

Jujurlah Nikahi Aku

4 tahun tunggu crita best ni untuk diadaptasikan.

Finally...sok masuk tv. Syoknya...tak sabra.
Buku ni antara buku fav aku. Critanya  unik dan sgt menarik.

Jom repeat balik sementara esok




XOXO Lots of loves -H3H-

Ajar anak... EQ vs IQ

Copied from here



"Kerja sekolah?"
"Alat tulis hilang?"
"Kawan ejek, cuit baju?"
"Buku teks?"

Jawapan untuk semua di atas : "Jangan risau, anakanda tak perlu gusar apapun, biar mama setelkan semuanya buat anakanda"

Permulaan nak jadikan anak tu tuan, mak jadi hamba adalah pulun nak sempurnakan kehidupan anak tanpa ada sepicing pun susah payah.

Jangan buat macam tu, takut nanti kita yang susah. Anak-anak kena di latih EQ dia, jangan sampai anak tak boleh handle krisis dalam hidup dia. Sebab kehidupan masa kecil terlalu sempurna, bila besar dia mudah tertekan. Kesian kat anak tu. Mak ayah berlumba-lumba anak cemerlang IQ, sebab tu budak-budak bijak pandai sekarang ramai. Tapi, macamana dengan kemahiran menyelesaikan masalah kehidupan?

Cikgu denda tak buat kerja sekolah? Biar dia rasa, jadinya lepas ni lebih peka dan bertanggungjawab. Darjah satu lagi dah kena latih, memang la mula-mula dia tak biasa. Tapi kalau mak-mak take over memang sampai ke sudah la dia takkan ambil peduli apa yang cikgu pesan. Dah tu nanti sampai ke tua membawa perangai tu tak ke haru. Semua kena suap, pensyarah kat IPT pun pening pelajar manja sangat. Maklum lah, dari kecik semua mak yang 'take note', temuduga kerja pun bawa mak ayah. Ish, buruk sangat kelaku tu.

Alat tulis hilang? Tudia la, awat tak jaga elok-elok. Pensil sebatang hilang pun jangan la whatsap cikgu suruh cari, pening cikgu tu. Jaga barang sendiri, kalau tengok anak bawa barang yang bukan kita beli pesan suruh pulangkan. Kalau tak sampai ke tua dia lengai (ignorance)

Bab anak-anak bergaduh dengan kawan, kawan usik ni tolong la ajar anak melawan balik. Tu ja cara untuk melatih dia mengharungi dunia yang kejam ni. Pembuli ni ada di mana-mana, kalau kena buli jangan pendam. Hadap dengan matang dan melawan bila perlu, InsyaAllah masa depan dia cerah ke mana pun dia pergi dia boleh hidup. Mak-mak masuk campur? Jahanam hidup anak tu.

Ni lagi satu bab buku teks. Ada ka beg anak dia suruh cikgu Periksa, 'tegur' cikgu tak keluarkan buku-buku anak dia dari dalam beg. Komunikasi terhad ke apa dengan anak sendiri? Pesan la kat anak tu, ulang setiap hari sampai lekat dalam kepala dia. Merajakan anak tak membantu dia jadi raja pun, takut nanti nak angkat lampin tahi mak sendiri pun jijik sebab tak pernah buat satu kerja apapun.

Kawan aku dengan kumpulan dari Kementerian pendidikan buat lawatan ke Finland, jadi aku pun sembang panjang tanya apa yang dia tengok kat sana yang hebat sangat dari kita di Malaysia ni.

"Budak-budak kat sana dari para-sekolah dah kena bertanggungjawab. Kantin semua guna pinggan dan cawan kaca. Kami semua tengok sereyau"

Pinggan dengan cawan kaca? Kita kat sini anak dah berbulu atas bawah pun kita tolong basuh kan sependa dia. Apatah lagi nak suruh bawa atau basuh pinggan dalam sinki.

"It is okay, we have plenty of these" Merujuk kepada pertanyaan macamana kalau pinggan dan cawan tu pecah.

Nampak? Ringkas saja asas nak ajar kebertanggungjawaban tu.

Ajar KESAN = AKIBAT.

Gambar kat bawah ni contoh saja, aku dah lama jadi cikgu dah macam-macam pesen mak ayah dah jumpa. "Tolong ingatkan anak saya pergi tandas ya cikgu" pun ada.

#catatanjihasaiful

XOXO Lots of loves -H3H-

SunDate

Panaih2 ni...sedap wooo kena cendoi...hahahaha

Balik dr beli barang kek untuk esok, kita pi lunch dulu sambil pekena cendoi...asyiiikkkk






XOXO Lots of loves -H3H-

Haid dan Nifas

Benda yang ramai orang ambil mudah tapi sebenarnya sangat penting. Semoga bermanfaat untuk kita semua🥰







XOXO Lots of loves -H3H-

Syafakillah PakTam

PakTam selamat dipindahkan dari ICU ke wad biasa, smlm.

Masa kami melawat semalam, PakTam masih kat ICU.
Tapi...lepas masa melawat (kami masih kat sana) PakTam dipindahkan ke wad Kenanga 1 semula.

Alhamdulillah. Semoga PakTam cepat sembuh.




XOXO Lots of loves -H3H-

Dinner & Uptown

Lepas melawat PakTam di ICU, kami tringin nak makan sate semeling...tapi...penuh gila la pulak...ya la...cuti CNY kan.

Pusing punya pusing, finally kami singah ke BSCKT.




3-3 amik ayaq lemon madu.

Ayaq takpa na...madu bini tamau na...


Aku dgn husband amik CKT seafood....sedap. Aku suka.


Anak always dengan chicken chop dia. Sedap jugak.






Lepas dinner...perut dah kenyang...jom kita exercise kaki....tawaf uptown...hahahaha






XOXO Lots of loves -H3H-