BERZINA SEBELUM KAHWIN,TREND MASA KINI.


Post asal... From here

"Eh,you nak tak kalau saya offer kerja dekat KL,sebulan income minimum RM 5K-6K,dapat sekali kereta mewah dengan apartment mewah?",seorang lelaki pertengahan umur menyapa aku.

"Wuish,kerja apa tu?",aku bertanya kembali.

It’s too good to be true,getus hati.

"Alaa,kerja best ja,jadi anak ikan.You layan itu datin sebulan sekali dua.Ikut shoppping dinner semua",jawabnya sedikit bergurau.

"Itu kerja haram tu,orang Islam mana boleh",aku membalas kembali kepadanya.

Ya,dia seorang non-muslim.Mungkin dia tidak faham hukum halal dan haram dalam Islam.

Ini perbualan beberapa tahun dahulu di sebuah gym ketika aku masih lagi aktif membina badan.

Hari ini kecoh isu iklan billboard sebuah aplikasi yang mempromosikan budaya sugar-daddy dinaikkan di tengah Ibu Kota menyebabkan aku kembali teringatkan perbualan di atas.

Tapi ye lah,kalau boleh dapat duit mudah,rumah dengan kereta siap,kerja pun tak susah,siapa yang taknak kan?Tarikan duniawi yang indah.

Aku pun pernah berjumpa dengan beberapa individu yang pernah menjadi “Anak Ikan”.

Semoga mereka semuanya diberikan hidayah dan bertaubat.
.

Sebelum menulis panjang,biar kita lihat dulu apa itu definisi Sugar-Sugar ini menurut Wikipedia:

“A sugar baby is a person who receives cash, gifts or other financial and material benefits in exchange for company.It usually includes sex or intimacy.The paying partner is typically wealthier and older.A sugar baby's male partner is often referred to not as a trick or a john but a sugar daddy, while the less-common female counterpart is a sugar momma”

Atau dalam bahasa mudah dia kau jadi peneman intim yang dibayar oleh lelaki kaya,termasuk melakukan hubungan seks.Sama ja lah macam melacurkan diri.

Pelacuran.

Zina.

Aku pun tak faham apa yang CEO dia maksudkan dengan “Women Empowerment” apabila dia nak promosi budaya seperti ini.

Kepala bana dia.

Tapi,itu kita letak tepi dulu kerana mungkin budaya hidup CEO-nya sendiri pun sudah seperti di Barat lagaknya,wanita dilayan seperti objek pemuas nafsu serakah sahaja.Baginya itulah kebebasan hak asasi.Buat apa sahaja yang dikehendaki.

Berbeza dengan definisi kebebasan menurut Islam.

.

Bukan isu Sugaring atau anak ikan yang ingin aku cerita.

Cuma kali ini aku hanya ingin menulis satu kisah,melibatkan kita sendiri yang bergelar MUSLIM ini alang-alang dibangkitkan berkenaan isu perzinaan.

Kes ini aku kendalikan lebih kurang dua tahun yang lalu.

Dua orang suspek kes rogol dibawa ke Jabatan Kecemasan untuk proses pengambilan darah,DNA dan yang berkaitan dengannya.

Kebiasaanya aku akan bertanyakan beberapa soalan kepada pesakit dan juga berbual ringkas.

Tapi dalam kes ini agak panjang perbualan kerana perasaan ingin tahu aku yang membuak-buak.Di bawah ini cuma aku ceritakan berkenaan isi perbualan yang ingin aku sampaikan,semoga menjadi pengajaran.

Dr : Isteri dan ahli keluarga tahu Encik ditangkap atas kesalahan apa?

P : Tahu doktor...Waktu polis pergi ambil saya pun isteri dan anak-anak ada di rumah.

Dr : Ooo.Macamana reaksi isteri bila dapat tahu?

(Dalam hati aku mengagak mesti isterinya sudah menengking dan menjerit mohon diceraikan,Ye lah,si suami MEROGOL wanita lain,masakan boleh diterima akal yang waras dengan mudah)

P : Dia marah gitu-gitu je lah sikit-sikit.

Dr : Marah sikit-sikit ja? (tanyaku tak percaya)

P : Ye doktor.

Dr : Dia tak minta cerai ?

(Sekali lagi aku inginkan kepastian kerana mana mungkin seorang isteri yang normal boleh menerima dengan mudah suaminya merogol atau melakukan hubungan seks dengan wanita lain)

P : Tak pun doktor.

Dr : Ok.Awak pernah buat hubungan dengan perempuan lain tak sebelum awak kahwin?

(Tanyaku lagi masih tidak puas hati)

P : Pernah doktor,dengan bekas teman wanita saya.

(Jawabnya dengan nada yang sangat selamba)

Dr : Isteri awak tahu awak pernah melakukan hubungan dengan perempuan lain sebelum awak kahwin dengan dia?

P : Tahu doktor,saya pernah cerita semua dekat dia.

Dr : Minta maaf saya nak tanya,ISTERI AWAK PERNAH TIDUR DENGAN LELAKI LAIN TAK?

(Ya,soalan ini yang aku tanya dengan penuh persediaan seandainya dimaki hamun kerana mungkin menghina isterinya yang langsung tiada kaitan dalam kes rogol ini)

P : Pernah doktor.Dengan teman lelaki dia sebelum dia kahwin dengan saya.

Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah.

Mengucap panjang bila aku mendengar jawapan dia.

Aku berharap sekurang-kurangnya dia akan mengherdik dan menengking aku demi mempertahankan maruah isterinya.

Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali.

Dengan tenang dan selamba sekali dia mengakui bahawa isterinya pun pernah ditiduri lelaki lain.

Dalam hati aku sudah mendapat jawapan mengapa isterinya hanya marah begitu-begitu sahaja dan tiada pula menengking atau menuntut supaya diceraikan.

2 X 5.

Nauzubillahi min zalik!
.

Sepanjang saya bertugas dalam bidang kesihatan ini,boleh aku katakan sangat ramai pesakit yang saya temui sudah pernah melakukan zina,hatta ada yang bermula pada usia belasan tahun sahaja,baik lelaki atau wanita.

Ada yang ibu bapa hampir pengsan kerana hanya mengetahui anaknya berzina setelah datang ke Jabatan Kecemasan dalam keadaan bayi sudah hendak keluar!

Lihat sahaja statistik tahun 2018 :
- 4000 remaja bawah 18 tahun hamil dalam setahun
- SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup

Dan ya,semua mereka ini beragama ISLAM.

Hatta sebelum ada aplikasi yang viral itu lagi pun budaya perzinaan ini sudah berleluasa,samada kita sedar ataupun tidak sahaja.

WeChat dan Tinder sudah lama bertapak dan merosakkan generasi masa kini,dari kisah pezinaan sampailah kehancuran rumahtangga gara-gara orang ketiga.

Itu tidak termasuk lagi aplikasi Tik-Tok dan Instagram.
Lihat sahaja betapa ramai kaum hawa yang tanpa segan silu tergedik-gedik menari tarian yang menghairahkan dan entah apa-apa sekadar meraih populariti murahan.

Dari sekecik-kecik budak sampai sebesar-besar mak budak semua lapisan umur ada.

Segala profesion pun ada,sebut sahaja.Hatta golongan pendidik yang sepatutnya menjadi role-model juga tidak terlepas daripada merakamkan tarian-tarian tidak berfaedah ini.

Hilang sifat MALU yang sepatutnya menjadi benteng setiap muslim daripada melakukan maksiat.

Ingatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

إذا لم تستح فاصنع ما شئت

“apabila kamu tidak malu,maka buatlah sesuka hatimu”

Akhir kata,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita,ahli keluarga,isteri dan anak-anak dengan didikan agama semoga menjadi benteng iman dan ihsan dalam menghadapi fitnah akhir zaman yang maha dahsyat.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: