Menteri Besar Kedah in Celestica

11 Jun 2019


















YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir petang ni membuat lawatan ke Kilang Celestika (M) SDN BHD, di Kulim Hi-Tech Park, Kulim.

Menurut Menteri Besar Kedah, beliau tertarik untuk melawat syarikat ini selepas beliau hadir ke pameran LIMA Langkawi 2019 pada Mac lalu dan dimaklumkan mengenai 'In-Flight Entertainment System' yang digunakan dalam pesawat dibuat di sebuah syarikat di Kulim.

Beliau telah memohon untuk melawat sendiri apa yang dibuat syarikat ini dan beliau berasa begitu kagum selepas melihat syarikat ini yang pekerjanya 100 peratus rakyat Malaysia dan 70 peratus rakyat Kedah sendiri.

'In-Flight Entertainment System' ini digunapakai dalam banyak perkhidmatan kapal terbang jenama terkenal dunia termasuk Pesawat MAS.

Dalam pada itu, Dato' Seri Mukhriz berkata, jelas daripada lawatan ini, bukti keupayaan kilang-kilang yang dibina di Kedah berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa termasuk dalam bidang Aeroangkasa dan cadangan Kedah membina Taman Industri Aeroangkasa bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bukan satu angan-angan mat jenin kerana sudah terbukti kejayaan pekerja-pekerja tempatan disini yang boleh bersaing dengan mana-mana syarikat walau dimana mereka berada.

Turut hadir ke lawatan ini adalah YB. Tan Kok Yew, Exco Kerajaan Negeri.

#kedahamanmakmur

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2425938567466968&id=708420685885440

Nota kaki : bangga weiii.... Project aku ni. Dari 2007 aku dok bergelumang dgn customer dan IFE ni.

Walopun aku x attend majlis, I am still proud of it. Sbb aku yg buat keja.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: