Carbonara untuk mak dan anak

I am not a good cook.
But, I can cook. Hahahaha...

Malam ni, kita masak spageti carbonara sebab mak dan anak request.
I am happy they enjoy what I cooked.

Its priceless bila depa makan bertambah.











XOXO Lots of loves -H3H-

APA 'MASALAH' ANAK INI?

#kopipes from fb... Tapi x sempat copy link asal post ni.



APA 'MASALAH' ANAK INI?

Seorang rakan Parent Connect meminta pendapat saya tentang insiden yang berlaku di Kelantan ini. Saya lihat sudah banyak pendapat yang diberikan oleh netizen tentang hal ini yang rata-ratanya membincangkan tentang penggunaan gajet. Yang tidak sedap didengar, anak ini juga dilabelkan sebagai DEGIL kerana tidak mempedulikan arahan ibunya dan juga memekakkan telinga walaupun keadaan di sekelilingnya begitu huru hara risaukannya.

Saya mengenali ramai kanak-kanak yang mempunyai sifat sebegini.
Saya tidak gemar melabelkan mereka sebagai degil kerana ia membawa konotasi yang sangat negatif. Label yang negatif tidak membantu anak untuk menjadi lebih baik dan ia juga tidak membantu ayah dan ibu untuk melihat sisi positif yang ada pada anak.

Bagi saya anak ini memiliki ciri-ciri seorang anak yang mempunyai KEAZAMAN YANG TINGGI, ‘DETERMINED’ ataupun ‘SPIRITED’ child.
Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha mendapatkannya dan sanggup mengharungi segala rintangan yang perlu dilaluinya.

Cuba ulang baca,
"Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha mendapatkannya dan sanggup mengharungi segala halangan yang perlu dilaluinya.”
Ini satu sifat yang positif bukan?

Jika anak yang berkeazaman tinggi ini sedang asyik bermain dengan mainan binaan ataupun ‘lego’ dan anda memintanya berhenti sebelum dia siapkan ‘projek’nya, dia akan merungut ataupun mungkin mengamuk hendak siapkan terlebih dahulu.

Anak yang diceritakan dalam hantaran FB ini mahu menggunakan telefon bimbit. Itulah keazamannya.
Walaupun dihalang oleh ibunya, dia tetap mahu mendapatkannya malah mengunci dirinya dalam kereta supaya telefon tidak diambil oleh ibunya. Begitulah betapa tinggi keazamannya.
Bukan sahaja dia mahukan telefon itu, dia juga mahu menggunakannya tanpa gangguan. Oleh sebab itulah huru-hara di sekitarnya langsung tidak diendahkannya.
Walau bagaimanapun sisi negatif yang tidak diketahuinya adalah, dia membahayakan dirinya sendiri.

Bayangkan jika anak yang mempunyai keazaman yang tinggi ini bercita-cita menjadi seorang pemain bolasepak profesional bersama kelab bolasepak Eropah satu hari nanti.
Ataupun mempunyai keazaman untuk menjadi juruterbang jet pejuang satu hari nanti.
Ataupun berazam untuk menjadi pencetus inovasi seperti Elon Musk ataupun Bill Gates.
Dengan ‘kedegilan’ yang dimiliki, tiada apa yang dapat menghalang mereka.
Bayangkan.

Anak-anak yang berkeazaman tinggi ini juga suka meneroka, sukakan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan, mempunyai objektif yang jelas , berdikari, pantas, cergas, mempunyai pemikiran atau ‘akal’ nya yang tersendiri, cepat bosan, suka mengambil risiko dan suka memikul tanggungjawab.

Cuba anda kaitkan ciri-ciri ini dengan anak yang mengambil telefon bimbit ibunya. Ada perkaitan bukan?

"Habis tu takkan nak biarkan saja anak berperangai sebegini?"

TIDAK.

Anak kecil itu berperangai begitu kerana dia IMPALSIF.
Semua anak kecil memiliki sifat impalsif iaitu melakukan sesuatu tanpa (boleh) berfikir. Mereka juga tidak mengenal bahaya dan tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.
Semua kanak-kanak seusianya mempunyai ciri-ciri ini kerana mereka belum matang dan otak mereka belum berkembang untuk mereka membuat keputusan yang rasional.

MENJADI TANGGUNGJAWAB IBUBAPA UNTUK:

1) menetapkan ‘boundary’ masa supaya anak-anak ini tahu waktu mana yang sesuai dan waktu mana yang tidak sesuai untuk melakukan sesuatu.
Contohnya, boleh menggunakan telefon tetapi ada waktu dan tempatnya, bukannya sesuka hati mengikut kemahuan. Tetapkan juga rutin harian dan waktu tidur anak supaya mereka mendapat rehat yang cukup dan tidak terlalu leka dengan aktiviti-aktivitinya.

2)menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak ini terokai. Pastikan pagar rumah berkunci jika jalan raya di hadapan rumah adalah laluan utama kenderaan. Pastikan susun atur dalam rumah sesuai untuk anak bermain dan meneroka. 

3)bermain dan melakukan aktiviti/projek bersama-sama dengan anak kerana bagi anak-anak ini, itulah buktinya anda memberi perhatian dan menghargai ketekunan dan keazaman mereka dalam melakukan sesuatu. Jika anak tidak mendapat perhatian, dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan atau pun mungkin membahayakan diri untuk mendapatkan perhatian itu.

4)banyakkan meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak supaya kita faham perkembangan anak, ‘akal’ anak dan corak pemikiran anak.

5)memuji usaha, motivasi dan strategi yang anak tunjukkan dalam melaksanakan sesuatu supaya mereka terus bersemangat untuk berbuat kebaikan.

6)menyalurkan tenaga dan keazaman tinggi anak untuk melakukan sesuatu ke saluran yang betul. Pupuk skil ataupun minat yang anda lihat ada pada anak supaya ia menjadi satu kekuatan atau kelebihan anak.

7)menjadi teladan yang baik buat anak. Jangan jadi mangsa ‘DISTRACTED PARENT SYNDROM’ atau ‘TECHNOFERENCE’ di mana ibubapa sendiri ketagihan gajet. Anak akan meniru.
“Children see children do”

Akhir sekali, perlu diketahui bahawa beberapa orang pakar dan pengkaji dalam bidang neurosains menggelarkan peranti skrin, peranti digital dan gajet sebagai ‘electronic cocaine’ ataupun 'digital heroine' (dadah) kerana kesan penggunaan gajet yang BERLEBIH-LEBIHAN menyebabkan kanak-kanak menjadi ‘disconnected’ dengan realiti ataupun berada dalam dunianya yang tersendiri, khayal, dan leka tanpa menyedari apa yang berlaku di sekitarnya sama kesannya dengan mereka yang ketagihan dadah.

Ketahuilah perkembangan dan sifat semulajadi anak supaya kita dapat membimbing dan mendidik mereka dengan kaedah yang unik dan sesuai dengan diri anak tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Nota: Penulisan ini berkaitan anak tipikal. Anak berkeperluan khas seperti ADHD ataupun Autism memerlukan kaedah yang lebih terancang oleh pakar.

XOXO Lots of loves -H3H-

Friendship Quote

It doesn’t matter who likes us. WE like us



#syawal1440
#GBMsisters
#gbmberayadenganbatik
#soulsisters

XOXO Lots of loves -H3H-

My Date

Sesi mengepau ibu...adoiii....nasib badan

Actually, ibu ja yg sj bawak dia mai makan eskrem. Dok menyanyi lama dah.
Sesekali...kita layankan jugak.

Kerap2 tak bole. Nanti botak kepala...hahahaha





XOXO Lots of loves -H3H-

Quote of the Day : Work

Its late....kesian anak. Tapi...bukan hari2 balik lambat macam ni.

Be responsible to your commitment. Rezeki itu ibadah. Keberkatan itu perlu.

Sesekali ja ya, anak. Not everyday. I'm sorry sayang.



XOXO Lots of loves -H3H-

Lamanya tak ke Oldtown





XOXO Lots of loves -H3H-

Demam la pulakkkkk

Dok takdok dia demam...huhuhuu




XOXO Lots of loves -H3H-

CMY Raya Celebration 2019

Celebration raya by Celestica tahun agak hambar dari  tahun sebelumnya.

Macam mau tak mau ja buat. hahaha...

Am I not grateful? Hahahahaha....
Bole la dari tadak kan?


This is Eric. He is once my partner dalam Thales team.
Tapi la ni dah jd manager untuk another team.

Baik sangat dia ni.
Dah berbelas tahun dengan dia.

Masa mak sakit pun, selalu dia mesej dan Tanya...bole kata selang dua hari dia akan Tanya perkembangan mak.

He also always courage aku untuk workout...sebab dia dulu pun gemuk macam aku.
Tapi la ni...dah bole join FM...hihihihi





Sedap la jugak...hahahah


XOXO Lots of loves -H3H-

Oh My Durian....Yummeh

Aku memang dok lapaq durian.

Rejeki...rejeki...

Sampai rumah mak, ada acu dengan anak saja.
Tapi, mak pesan suruh makan durian.

Tunggu lagiiiiiiiiiiiiiiii

Hahahaha









 


XOXO Lots of loves -H3H-

Hari Perjumpaan Waris dan Sambutan Raya di Sek Keb Ibrahim

Hari ni 2 in 1.

Selain perjumpaan waris...PIBG hold majlis raya untuk parents dengan student.
Anak request untuk ibu bake red velvet. Mana idea dia dapat ntah. sebab selalunya dia request nak cistat.

Aku lagi suka...senang....sekali bakaq ja. Hahahaha

Happy la dia, ibu mai dan bawak kek yg dia request.



Bitesize, senang sikit...sat ja dah selesai

hat ni yg paling rare...jarang ada jamuan raya sekolah yg ada kambing golek

tak sangka jumpak opismet



Char koay teaw pun ada


my junior in Ibrahim










Sedap semua makanan yg ada. Ramai memang la ramai sebab satu sekolah kan....dengan parents lagi.
Tapi....meriah....nice.

XOXO Lots of loves -H3H-