From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156239916772879&id=574017878
Tadi, bila aku baca fasal mantan Perdana Menteri kata penghapusan tol lewat malam hanya menguntungkan pemabuk dan golongan LGBT, aku jadi amat marah.
Aku marah bersebab, dan ini ada 5 Cerita mengapa ‘generalization’ begitu tidak sepatutnya diluahkan oleh seorang bekas pemimpin negara.
1. Dulu aku pernah kerja di HSBC Bank sebagai Eksekutif di bahagian Sterling & Foreign Currency. Kami bekerja mengikut waktu UK ( United Kingdom ). Masuk kerja 2 petang dan pulang 2 pagi.
Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.
2. Sewaktu zaman pengajian di kampus. Aku berjualan di Uptown Danau Kota setiap malam. Keluar berniaga naik kancil 660 turbo yang penuh dengan barang jualan selepas Isyak dan pulang sekitar jam 2 pagi.
Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.
3. Sekarang, dak-dak aku di bahagian operasi bekalan ikan segar akan mula bekerja seawal jam 9 malam dan pulang ke gudang sebelum Subuh. Edaran ikan memang berlaku tengah malam.
Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.
4. Aku punya ramai kenalan dan kawan-kawan yang cari rezeki sampai awal pagi. Mereka berniaga di pasar, bekerja di pasar borong, menghantar barang, bekerja kilang dan bekerja mengikut shif malam. Mereka memang menggunakan laluan tol antara waktu 11 malam dan 5 pagi.
Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.
5. Kitaran ekonomi yang berlaku setiap hari memang aktif antara jam begitu. Edaran barangan segar seperti sayur, buah, ikan, daging dan ayam memang dibuat awal pagi. Ketika orang yang bekerja 8-5 tidur lena. Ada sekelompok manusia yang tak pernah dipedulikan masyarakat akan mula aktif cari rezeki.
Tanpa aktiviti logistik dan kitaran kerja awal pagi ini, mungkin esok siang harinya pasar tak ada barang, kedai runcit tutup, kedai makan tak beroperasi dan dapur di rumah pun tak berasap. Mereka ini semua bukan pemabuk dan golongan LGBT.
Kawan-kawan, belajar jadi masyarakat yang positif dalam menerima arus perubahan. Kita bukan terima kerajaan baru untuk hapuskan PTPTN dan kleptokrasi semata-mata. Kita juga sebenarnya sedang belajar untuk menerima satu budaya baru dalam hidup.
Kita belajar untuk memahami orang lain. Dan kita sedang belajar untuk menyelami kehidupan di sebalik kehidupan. Kita sedang pupuk hati belajar erti hidup.
Apabila kita tidak berada di situ, kita tidak akan tahu. Dan apabila kita tidak tahu, kita akan terus menjadi masyarakat yang hebat di ‘keyboard’ semata-mata.
Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol atau LGBT. Kami cari rezeki. Kami membantu bangunkan ekonomi.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
XOXO
Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment