Topik - Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?
Note : Dari pihak team produksi memberitahu bahawa kedua dua panel tidak memperoleh sebarang soalan daripada team produksi. Tiada soalan bocor seperti yang dikata.
Panel :
Prof Dr Imelda Balchin ( Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology)
Hayati Muzaffar (Freelance Doula ) sebagai wakil Doula
1.Soalan pertama pada Prof Imelda.
Isu doula hangat diperkatakan kini namun apakah sebenarnya perbezaan doula dan bidan terlatih?
Doula adalah peneman. Istilah doula sebagai peneman seperti suami, ibu kakak. Zaman sekarang doula adalah seorang yang professional yang menerima bayaran untuk meneman ibu mengandung. Hanya sebagai PENEMAN.
Bidan terlatih adalah pengamal kesihatan terlatih, berdaftar dan professional dalam mengendalikan kesejahteraan dan kesihatan ibu semasa mengandung, semasa kelahiran bayi bagi ibu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bidan terlatih tertakluk di bawah Akta bidan 1966 – iaitu pengamal kesihatan yang berdaftar dan terlatih juga dibenarkan menyambut kelahiran bayi,dan mengendalikan bayi baru lahir, dimana Doula TIDAK BOLEH langsung melakukan tugas bidan terlatih.
2.Bagaimana pandangan Puan Hayati pula, apa yg membuatkan puan menjadi Doula.
Kita amalkan konsep tabbayun (definisi Tabbayun : perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian) di mana di amalkan bahawa kita berikan mereka yang ahli akan menjawab perihal bidang tertentu yang dipersoalkan.
Hayati bukan mewakili Doula 1 Malaysia. Title freelance doula, adalah memberi khidmat sebagai peneman, TANPA BAYARAN. Doula berkhidmat pada komuniti tempatan secara sukarela dan mengikut jemputan permintaan ibu bapa yang menghendaki Doula.
Doula Yatt bekerja doula bukan profesi sebab TIDAK TERIMA BAYARAN dan terjebak dalam perihal Doula bermula pada konvensyen di Jakarta, seorang doctor juga pelatih Yoga yang memberi sinar Doula pada beliau.
Doula Yatt memberitahu Tarikh 22 Mac World Doula Week dimana minggu 22 Mac adalah waktu spring equinox (simbol musim bunga) dimana dikatakan mampu mengembalikan kesuburan wanita. Doula Yatt telah mengikuti World Doula Week pada tahun 2011, di mana Doula Yatt sendiri menjadi ibu yang mengandung. Seperti yang Doula Yatt katakan, daun yang gugur juga ditentukan dimana dan bila, jadi beliau terpanggil untuk berkhidmat menjadi seorang Doula. Doula Yatt lahirkan anak secara SVD
2.1 Berapa ramai ibu yang telah memanggil Doula Yatt untuk jadi peneman.
Jawapan yang diberikan : Jumlah ibu saya tak kira.
Kerja sebagai Doula bermula pada tahun 2012, dimana Doula Yatt sedang hamil anak kedua dalam tempoh lapan bulan. Kebanyakan klien adalah dijemput oleh kawan sendiri, menemankan kawan-kawan dan aktiviti ini di lakukan di hospital swasta dan dikatakan mendapat persetujuan doktor dan pakar obstetric dan gynaekologi sebagai PENEMAN.
Di rumah pernah meneman? Pernah tapi saya tak pernah kira.
Saya tak kira berapa banyak ibu bapa – jawapan SIMPLE.
3. Media sosial melabel : Doula ekstremis. Bagaimana pendapat Doula Yatt ini boleh muncul ?
Yatt : Oh kita ajarkan doa Afiyyah untuk semua, dan kita mengajar supaya ibu serta pasangan cara kelahiran bayi agar dipermudahkan kelahiran secara mudah di mana mana namun kita tau hampir 99 peratus bayi kini dilahirkan di fasiliti kesihatan kerajaan di Malaysia. 1 peratus sahaja di fasiliti swasta.
3.1 Apa pandangan Doula Yatt mengenai tanggapan doula ekstermis, wujud ke di Malaysia?
Oh, tiada doula ekstremis di Malaysia, itu hanya tanggapan di berikan oleh netizen/masyarakat/rakyat sendiri.
(Hello, orang tak label kalau kau tak bersifat ekstremis kot?)
Kita jumpa Doula tu sendiri baru kita tahu.(Ekstremis)
Jawapan : Ada tu ha tengah duduk kat ruang tetamu tengah tengok kau. Huhu.
4. Prof Imelda, bagaimana pula ibu ibu yang menyuarakan perasaan dukacita untuk melahirkan bayi di hospital – seperti kerana mereka mahu melahirkan secara alami, tiada Pitocin, di urut suami sepanjang kontraksi, tidak dapat memilih posisi pilihan ibu, tidak mesra graviti, tiada bidan atau doctor yang menjerit suruh meneran, tiada mesin CTG dipasangkan di perut yang merimaskan, tiada seluk menyeluk dan ujian Vaginal Examination ,ketuban tidak dipecahkan dan dapat delayed cord clamping?
Prof Imelda nak komen mengenai Doula ekstremis.
Perkembangan kemajuan kesihatan menunjukkan bahawa peneman memberi kesan pada ibu, dimana apabila ibu hamil, 84 peratus ibu akan mengalami psikososial stress akibat kehamilan (sumberk kajian). Ibu hamil menjadi gelisah, bimbang selain berlaku perubahan anatomi dan fisiologi terutama ibu pertama. Disinilah peranan peneman itu sangat penting dalam membantu mengurangkan stress ibu semasa kelahiran di samping doktor dan bidan terlatih dan sekaligus memberi kesan baik daripada kesihatan ibu dan bayi. Dapat mengalami proses kelahiran dan membantu mengawal kesakitan dan ketenangan ibu.
Kajian luar negara – Doula di negara maju mempunyai pertubuhan dan persatuan doula yang berdaftar dan di iktiraf. Di iktiraf dan berdaftar berdasarkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Doula mestilah berdaftar dan mengikuti kursus sebagai Doula sebelum di beri pengesahan (validation) yang di iktiraf oleh pihak kesihatan.
Contoh : DoulaUk.org. @ australiandoula.com.
Kursus doula awal 6 hari baru dapat Lesen L (pelatih), kemudian jadi pelatih doula mesti di bawah penyeliaan Doula Senior, dan perlu melepasi 3 kali pemberian perkhidmatan yang memuaskan baru boleh melepasi kriteria sebagai Doula, dan dilakukan di bawah penyeliaan Doula senior selain mengikut garis panduan dan Standard Of Procedure (SOP). Ada termaktub yang Doula boleh buat, dan ada Doula tidak boleh buat dan perlu berdaftar.
Doula tidak boleh memberi apa juga nasihat perubatan (samada natural atau Caesar), tidak boleh membuat birth plan sendiri tanpa persetujuan kakitangan kesihatan. Doula perlu memastikan ibu bekerjasama dengan doktor dan tidak boleh menakutkan ibu - fear mongering mengenai perkhidmatan kesihatan sedia ada.
(Bukannya kursus 21 jam secara online, dah iktiraf diri sebagai Doula!)
Doula Yatt : Macam mana dapat statistik ibu stress tersebut? (Mencelah) Di USA, negara maju – Oh, bukan ibu-ibu di Malaysia ye?
(Dah start mencelah ni, kena lah balik kan?)
Penjelasan Prof Imelda adalah jitu dan tepat, beza Doula di Malaysia, label Doula esktremis yang ada di Malaysia kerana tiada pemantauan, tidak berdaftar, tiada kursus khas daripada KKM. Stop.
5.Commercial Break – Ada tetamu kurang ajar dan tidak beradab naik ke pentas,dan membisikkan sesuatu pada Doula Yatt. Hello, kau ingat ni apa? Selamber kau sesuka hati naik pentas? Takde Adab! Boleh teka la siapa kan? Jemput jadi panel bagi pelbagai alasan, tapi muka tak malu naik pentas macam masuk kolam dalam rumah. Teruk betul.
6. Kembali pada persoalan tadi. Mengapa perlunya Doula ini?
Prof Imelda menjawab :
Demi keselesaan dan birth experience yang baik untuk ibu mengandung dan melahirkan bayi.Tahun 1930, kebanyakkan ibu tak pergi ke hospital, dimana perkhidmatan kesihatan agak susah di dapati. Pada masa ini ibu ibu mendapat pengalaman Gentle Births melalui peneman peneman masa lalu.
Namun begitu, nisbah kematian ibu yang bersalin di rumah adalah 20x ganda risikonya berbanding bersalin di hospital. Perubahan perlu bagi menyelamatkan ibu bersalin, terutamanya dalam mengurangkan kejadian tumpahan darah selepas bersalin masa kini. Lebih ramai kakitangan diperlukan bagi memastikan keselesaan ibu ibu. Ibu mengadung perlu pemantauan bayiu atau Fetal Heart Rate Monitoring. Bagi keselesaan maksimum pada ibu, memerlukan nisbah seorang ibu : seorang bidan. Memerlukan 1 to 1 care, namun begitu ada kekangan dari kekurangan kakitangan kesihatan masa kini.
Tidak kira jika ibu ingin posisi bersalin bagaimana, merangkak, semasa berjalan, menungeng sekalipun, boleh jika ada pemerhatian seorang bidan terlatih khas bagi seorang ibu mengandung. Masalah kekangan berlaku apabila contohnya seorang bidan perlu menjaga 4 orang ibu mengandung, tidak dapat menjaga 3 orang ibu yang lain semasa berlakunya proses bersalin seorang ibu. Contoh mudah, boleh faham.
(Memang masalah logistik Doula Yatt, dari fear mongering yang kau dah buat termasuk juga ibu ibu yang tak memahami. Kadang kadang kakitangan sekarang tak menang tangan nak melayan setiap permintaan, lebih lagi bila satu wad 30 orang ibu mengandung hendak dijaga dengan kekuatan 4 orang bidan + 1 doktor setiap shif.
Ye memang tak cukup kakitangan. Kadang kadang muka yang sama setiap hari kan?)
7. Puan Hayati buka kelas kelahiran, selain buka kelas kelahiran, adakah ada nasihatkan ibu untuk mendapatkan bidan bertauliah untuk menyambut kelahiran bayi?
(TAK JAWAB SOALAN)
Doula Yatt nak berkongsi ilmu iaitu pada tahun 2020, WHO telah memberitahu bahawa tahun 2020 adalah tahun bidan dan jururawat. Merekalah Wira yang tidak di dendang yang boleh memberi 1 to 1 care.
Di Malaysia setahu Doula Yatt tiada bidan direct entry. 90 % ibu memilih hospital kerajaan jadi siapa teman ibu semasa bukaan OS dari 1cm ke OS fully dilated.
Masyarakat kurang membaca, kekangan fahaman?
Doula ni peneman sahaja, Childbirth Educator yang buat kelas. Kalau nak cerita pasal medical jumpa doctor lah.
(Prof tak kacau pun kau pun. Rileks je dia mendengar.)
Apa Doula Yatt akan buat kalau ibu taknak jumpa doctor masa lahir. Saya nk lahir sendiri kat rumah. Apa nasihat puan ?
Faham konteks, di Malaysia. Sy dah buat analisis sendiri. Dilatih .
Sekejap saya nak mencelah. (Prof Imelda)
Apa training doula dah buat? Adakah di iktiraf KKM?
Saya dilatih jadi doula tahun 2012, melalui kepimpinan seorang doktor yang bekerja di Jakarta sebagai pakar kecemasan yang juga sebagai trainer yoga.
Tak Jawab, adakah di iktiraf KKM?
Training ni dan training Amani birth – dipanggil aisah al hajar, bla bla bla.
Ada di iktiraf tak KKM, di daftar?
Di Malaysia tiada keperluan, tapi adakah dipantau?
Ada dipantau, di pantau oleh IBU BAPA!
Jika ada aduan, nak adu pada biro aduan mana?
Biro aduan KKM lah..
(Konfius jap)
8. Doula Yatt akan berada di mana semasa ibu melahirkan?
Dimana-dimana sahaja ibu perlukan. Doula dilatih untuk tidak memegang bayi, tidak membuat kerja bidan.
Macamana kalau berlaku bayi songsang dan tiada bidan?
Doula kongsikan ilmu, mereka hands off jika bayi songsang.
Sekarang Doula Yatt nak tunjuk posisi mesra solat, mesra graviti.
Adakah dihadiri bidan ketika itu?
Tak, ni situasi di hospital swasta.
Kalau di rumah, apa nak buat kalau ada komplikasi?
Situasi kecemasan secara rasionalnya akan suruh pergi ke hospital.
Prof Imelda nak mencelah di sini.
Doula tiada training kecemasan. Tiada training, akan terlambat. Lambat boleh menyebabkan kematian.
Posisi mesra solat Doula Yatt selamat.
Anak kembar songsang. Di sambut sendiri oleh ibu. Tau tau baby dah keluar.
Commercial Break
Gosh perlu ke tunjuk posisi tu uolls?
9. Kebanyakan ibu lahir secara alami percaya uri boleh lahir secara semulajadi, mereka tak mahu controlled cord traction dilakukan.
Kematian ibu bersalin banyak disebabkan pendarahan yang berlebihan. Kita akan memberi suntikan sintometrin yang akan mengecutkan rahim – placenta dpt dr ibu 800ml//minit. Lepas bayi lahir, placenta mula tanggal dari permukaan rahim, jika tak tanggal seluruhnya akan berlaku pendarahan yang banyak.
Kedua Clamp cord – tak semestinya serta merta/immediately.
Ketiga keluarkan uri – controlled cord traction mengurangkan pertumpahan darah sebanyak 50 percent. Informed consent di dapati dari ibu. Ibu tau dan ibu faham. Ini gentle birthing – pilihan ibu sendiri bagaimana nak melahirkan.
Patient centered care di luar negara dapat memberi kepuasan pada ibu tapi ada akibat dan komplikasi - perlu tindakan segera jika berlaku komplikasi.
Pada tahun 2015, pihak kerajaan UK telah mengeluarkan satu report (report of Morecambe bay Investigation) Link https://www.gov.uk/government/organisations/morecambe-bay-investigation
Report mengenai satu hospital yang terlampau memberi Gentle Birth supaya ibu dapat melahirkan secara alami secara all cost – dan mengabaikan keselamatan ibu dan anak. Tidak panggil doktor- lambat. Bidan bidan mendapat kritikan teruk dimana berlaku 3 kematian ibu,16 kematian bayi. Lebih 200 muka surat terpampang laporan tersebut supaya pengajaran agar tidak terlampau GB dan tidak mengambil tindakan pada ibu yang melahirkan.
Doula Yatt –
10. Apa Doula Yatt akan lakukan sekiranya dalam tempoh masa 30 minit hingga 1 jam selepas bayi lahir, uri tak keluar? Jika uri dah keluar, macammana Doula Yatt pastikan tiada sisa uri di dalam Rahim.
( Jawapan yang bukan jawapan pada persoalan ).
Kalau ikutkan polisi KKM , polisi penjagaan mesra ibu dan breastfeeding friendly iniciative KKM - dalam garis panduan ini memberitahu apabila bayi lahir, bayi akan terus mendapat sentuhan skin to skin (ke dada ibu)iaitu kontek bayi terus pada ibu. Kontek ini akan menyebabkan Oksitosin mencanak di kelenjar pituitary ibu, jadi ibu dapat terus lahirkan placenta ibu. Bla bla bla terus hantar signal pada ibu, sebelum cord dipotong scara paksa.
10.1
Jika 30 minit hingga 1 jam tak berlaku (uri tak keluar), adakah akan telefon ambulan ataupun tunggu sahaja?
Lihat keadaan ibu, ibu akan interested pada bayi.
10.1 - Jika uri tidak keluar? Apa Doula Yatt akan buat?
Maaflah Prof Imelda mencelah. Puan Finaz bertanya pada Doula Yatt macam Yatt tu reti pulak nak buat apa, dan sepatutnya Doula tak buat keputusan bila berlaku sebegini. Patutnya panggil bidan.
Memandangkan Doula Yatt selalu bersama ibu, itu yang Finaz tanya tu Prof Imelda. (Soalan menarik sebenarnya)
Lain kali kita panggil bidan sepatutnya. Yatt tak tahu cara nk handle, bidan yang patut handle.
Berlaku pertumpahan darah – telefon kecemasan (Doula Yat, 2019)
11. Prof, apa berlaku jika pertumpahan darah berlaku?
Kematian ibu boleh terjadi disebabkan oleh retain placenta (uri tertinggal). Darah tak dihentikan. Uri perlu dikeluakran sebelum berlakunya pertumpahan darah. Bila mana lagi tiada bantuan doctor, bukan kat tempat yang ada kelengkapan lagilah kena cepat ambil tindakan.
(Nak buat tindakan macam mana kalau dalam kolam kat rumah ye tak?)
12. AMTSL – Active management of Third Stage Of Labour
Kajian AMTSL membuktikan kadar kejayaan 60 hingga70 peratus pengurangan pertumpahan darah. Adakah itu satu jaminan keselamatan pada ibu dan bayi?
Komen Doula Yatt?
Saya banyak belajar daripada penulisan prof Imelda, mengenai Obstrestrik embolism. Penerangan dalam artikel memberitahu di Malaysia, daripada 100 ibu yang meninggal semasa kelahiran, 60 orang adalah daripada embotic embolism. 90 peratus ibu di bedah caesarean, dimana peratusan caesarean mencapai 30 peratus bagi kelahiran berisiko.Pembedahan Caesarean ini menyebabkan embolisme.
12.1 - Adakah sebab peratusan yang tinggi ini, Doula Yatt nak menolak bidan dan segala teknologi canggih daripada KKM?
Tidak, tahun 98 , garis panduan Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI bukan AEFI) dan penjagaan mesra ibu sepatutnya dapat menurunkan kadar caesaraeran pada ibu mengandung. Selain Iatrogenik PPH berlaku di hospital kerajaan juga
(Tak jawab soalan pun. Hak aduh)
Oh yeke? Tak faham ke jawapan saya. Minta maaf minta maaf~
Commercial Break
Prof Imelda
13. - Jika seorang ibu memilih untuk VBAC (Vaginal Delibery after Caesarean) ,namun tak mahu ke hospital, nak bersalin secara alami, apa risiko yang boleh berlaku?
5 faktor harus menjalani pembedahan caesaran.
1- Jika placenta uri di bahagian bawah, jika bersalin normal akan berlaku pendarahan
2- Bagaimana mendapat pembedahan LSCS sebelum ini? Pembedahan di atas rahim dilakuakan jadi risiko mendapat rahim pecah boleh berlaku . Jgn cuba natural
3- Jika ada obstruction – fibroid/ketumbuhan
4- Anak melintang – tak boleh alami
5- Lebih dari 2 LSCS
Seeloknya bersalin di hospital. 1000 ibu yang pernah mendapat satu 1 LSCS , 4 orang ibu boleh alami rahim pecah.
Jika di hospital ada transfusi darah, boleh di masukkan ke dewan bedah segera bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi pula boleh di selamatkan dengan adanya pasukan perubatan Paedatrik.
14. Doula Yatt apa pendapat sesetengah doula yang menasihati ibu untuk bersalin seperti Maryam AS, melahirkan anak di rumah secara alami.
Tentang nasihat, jika kita lihat white ribbon alliance ada meletakkan 7 hak asasi ibu iaitu 1- ibu ada hak autonomi pilihan/keputusan, ibu berhak dapat pilihan tanpa paksaan dan dorongan.
Guna BRAIN :
B – brain ,guna otak untuk fikir
R – Menimbang tara jika ada risiko
A – Alternatif di beri kepada ibu.
I – Istiqarah/ Instinct
N – Pilihan lain/boleh ke pakar lain.
Jangan paksa ibu,pandu pada o&g. Tak patut patuh pada pengaruh, ibu kena buat kajian sendiri.
15. - Doula tak sepatutnya nasihatkan ibu agar mengikuti Maryam AS.
Takde kene mengena dengan Maryam AS ni (Yeke Yatt..)
Itu orang, orang tak berinteraksi dengan Doula, orang yang tak kenal Doula dia akan cakap macam macam. Itu saya tak tahu, itu peribadi – saya tak sentuh
Mufti WP pun dah sentuh mengenai perihal itu, dimana berlaku atas kehendak ALLAH swt.
Harap tiada lagi doula gunakan istilah contohi Maryam AS
16. Apa akan berlaku pada negara jika kes kematian ibu dan bayi meningkat akibat kelahiran tidak selamat?
Kena bagi awareness dan kesedaran pada ibu ibu - melahirkan anak tanpa pengawasan bidan terlatih atau doctor adalah merbahaya.
Satu kematian tidak masuk statistik di Malaysia iaitu Doula Malaysia sendiri yang melahirkan anak sendiri di rumah tanpa pengawasan bidan semasa berada di negara UK.
Tahun 2014 – nama Doula tersebut telah masuk statsitik – siasatan telah dibuat,apakah yang terjadi dan bagaimana boleh mencegah daripada berlaku semula . Pakar di UK bertanya pada Prof Imelda, adakah ini Doula Malaysia? Bagaimana saya nak jawab?
Doula di UK tidak suka nama di cemarkan, jadi mereka bertanyakan , adakah ini doula dari Malaysia?
Jawapan Prof Imelda : Doula ini tidak berdaftar dengan mana mana pertubuhan dengan KKM
Nasihat – kalau nak gunakan perkhidmatan doula, Doula mestilah berdaftar dan di iktiraf KKM, aktiviti di pantau dengan penyelian, di bolehkan membuat aduan (pada pihak yang betul bukan biro aduan ibu bapa). Doula mesti berkualiti , seiring dengan perkhidmatan diberikan. Kita tak mahu kematian ibu dan bayi berlaku akibat doula.
17. - Mengikut statistik BPKK KKM ada 2 kematian ibu bersalin (2013), 2 bayi 2016 dan 2018 akibat kelahiran tak selamat. Akta 436 memberitahu, selain doctor, hanya anggota terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dgn lembaga bidan sahaja boleh mengendalikan kelahiran. Adakah ibu ibu yang mengikuti kelas Doula Yatt cakna tentang akta ini dimana sewaktu kelahiran perlu ada bidan terlatih dan doktor?.
Doula Yatt : Mereka tahu dan mereka akan ke hospital.
17.1 - Kalau ada yang nak lahirkan bayi di rumah, Doula Yatt ada bagi nasihat?
Kita tak bagi nasihat, kita cuma berkongsi tentang proses fisiologi, bagaimana kawal emosi ,pernafasan.
Terpulang pada ibu, tak boleh bagi birth plan semua kan
17.2 - Macam Doula Yatt ada pernah melebihi batas seorang Doula?
TAK ADA
17.3 - Doula Yatt jika berlaku kematian atau tragedi dalam proses kelahiran alami, walaupun mengikut persetujuan ibu dan bapa, apakah tindakan yang akan Doula Yatt lakukan dlm keadaan kecemasan itu??
Akan terus hubungi hospital atau talian kecemasan, atau kalau boleh pergi ke fasiliti kesihatan terdekat dengan cepat.
Prof pesan pada para ibu –
Keselamatan ibu dan anak itu kami diutamakan, dan kami nak ibu dapat birth experience yang indah. Kita cuba nak memuaskan hati semua ibu, namun jika kecemasan walaupun risiko rendah , mesti di bantu secara kecemaasan juga. Perlu ada bidan terlatih utk sambut kelahiran sebab bidan terlatih telah dilatih cara kenalpasti masalah sebelum menjadi kecemasan. Kita tak boleh jangka apa yang berlaku semasa kelahiran.
18 . - Doula Yatt minta ibu belajar cara penjagaan mesra ibu minta daripada nurse o&g kerana sepatutnya dapat menurunkan sebarang risiko dan sebab itu dijadikan garis panduan para ibu. Kita akan kongsi panduan ini, dan minta staff KKM kerjasama utk jalankan garis panduan itu sepenuhnya.
19 . - Konklusi Finaz.
Doula tak boleh dipersalahkan
Kewujudan doula ekstrem yang telah mencemarkan peranan pembantu ini. Sekiranya seorang Doula itu menjalankan tugasnya sahaja sebagai penyokong emosi semasa kehamilan, ilmu kehamilan, sokongan fizikal melalui urutan dan sentuhan pada para ibu tanpa menasihatkan ibu agar bersalin di rumah, tanpa tidak mengabaikan sebarang ubatan dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan, selagi itu jasa Doula patut dihargai.
Pegang Ayat Isra 36, janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.
Khidmat doula tidak boleh di lakukan tanpa pemerhatian doctor atau bidan terlatih – Mufti WP
Sekian Ringkasan
Euforia Is
Klik Like and Share.
Terima kasih 😊
From : https://www.facebook.com/1120133665/posts/10218149925355854/
XOXO Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment