Tahlil Malam ke3

Biasanya, malam ketiga ni...orang buat makan besaq sikit.

Family masak Nasik tomato dan ayam masak merah. Bau pun sedap...hihihihihi...

Dalam gelak tawa, tetap ada tangis.

Betapa akan sunyinya rumah ni.
Betapa akan rindunya kami pada senyuman tok.
Betapa akan rindunya kami pada masakan tok
Pada tok yang tak pernah membezakan kasih. Pada tok yang sentiasa tersenyum.
Pada tok yang sentiasa menunggu semua orang balik.

We'll miss you tok.



















XOXO Lots of loves -H3H-

MARI MENGENAL ALIF


Info lanjut sila ke : https://instagram.com/khairiasyraf_17

Saudara, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Tapi kalau ulangi kesilapan yang sama, memang patut lah kena marah. Tapi, janganlah silap dalam mengenali si Alif.


Alif yang bertemu dengan perempuan tu Alif Aziz.

Alif yang bertemu dalam solat jumaat tu Alif Satar.

Alif yang bertemu dengan Sajat tu Alif Syukri.

Alif yang bertemu dalam Muqaddam itu Alif Ba Ta.

Alif yang bertemu dalam Iqra’ itu A I U, (اَ)Fathah (اِ)Kasrah (اُ)Dhammah.

Alif yang bertemu dengan dua baris tu Alif Tanwin, (اً)fathatain (اٍ)kasratain (اُُ)dhammatain.

Alif yang bertemu Mim mati tu Izhar Syafawi

Alif yang bertemu Nun mati atau Tanwin tu Izhar Halqi

Alif Tanwin yang bertemu Ba itu Iqlab

Alif Tanwin yang bertemu Ya Waw Mim Nun itu Idgham Maal Ghunnah

Alif Tanwin yang bertemu Lam Ra tu Idgham Bi La Ghunnah.

Alif bertemu dengan Nun atau Mim sabdu/syaddah (نّ) (مّ) tu Wajibul Ghunnah

Alif Tanwin yang bertemu selain huruf Izhar Halqi, Idgham dan Iqlab tu Ikhfaq Hakiki.

Alif yang bertemu Qaf (ق), Tho (ط), Ba (ب), Jim (ج), Dal (د) yang mati di tengah ayat tu Qalqalah Sughra, kalau di hujung ayat tu Qalqalah Kubra.

Alif fathatain yang bertemu dengan waqaf tu Mad Iwadh (•اً).

Alif yang bertemu dengan mati yang mendatang dipanggil Mad Aridh Li Sukun.

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam satu kalimat tu Mad Wajib Muttasil. (آء)

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam dua kalimat tu Mad Jaiz Munfasil. (آ ــ ء)

Alif mati yang bertemu baris atas sebelumnya tu Mad Asli. (ــَـ ا)

Alif yang bertemu Lam di belakang tu Lam Alif (لا)

Alif yang bertemu Lam di depan tu sama ada Alif Lam Syamsiyah (ال ــّـ) atau Alif Lam Qamariah (ْال).

Alif yang bertemu dengan Lam Lam Ha itu lafaz Jalalah, jika huruf sebelum berbaris atas atau depan dibaca Taghliz, jika huruf sebelum berbaris bawah dibaca Tarqiq.

Alif yang bertemu dengan kepala Sad (ص) tu Alif Hamzah Wasal (اٌ).

Alif Hamzah Wasal yang bertemu Tanwin tu Iltiqa’ Sakinain.

Alif yang bertemu dengan kepala ‘Ain (ع) tu Hamzah Qatha’ (أ) (إ)

Alif yang bertemu Sifr (اْ) tu dua harkat jika diwaqafkan dan satu harkat jika diwasalkan.

Alif kecil (مٰلِكِ)yang bertemu di atas mana-mana huruf tu Alif Hazaf.

Alif yang bertemu Lam dan Mim dalam al-Baqarah (الٓمٓ) tu Alif Muqata’at.

Alif yang berbentuk seperti Ya tanpa titik (ى) itu Alif Maqsurah.

Kita selalu sangat mengenal artis. Sekali sekala marilah mengenal Tajwid. Tak gitu?

XOXO Lots of loves -H3H-

Thank you, Aida

Happy me...perut kenyang...senang hati. Yeay...

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ....Alhamdulillah...makasih Aida.

Food is for eating, and good food is to be enjoyed...





 
Image result for happy tummy quotes


XOXO Lots of loves -H3H-

Tahlil

Semalam, lepas tok meninggal...terus buat tahlil untuk tok.

So, mlm ni malam kedua tahlil. As semua org dah penat dari semalam...tahlil malam ni simple2 ja.
Goreng bihun dan mee ja.

Ada banyak perbahasan dan perbincangan dengan majlis tahlil ni.
Cumanya, simple. Tahlil ni tak wajib.

Jangan sampai gunakan harta anak yatim hanya kerana tahlil.

Image result for tahlil
 
Cucu2 bujang tok



XOXO Lots of loves -H3H-

Damailah Tok di sana

Alhamdulillah...selesai sudah majlis pengkebumian tok.

Mengabadikan kenangan buat tatapan kami anak beranak, kali terakhir mengucup tok. Pic snapped by cousin.













































XOXO Lots of loves -H3H-