Lepas solat Jumaat, kami ke Istana Jahar.
Istana Jahar jugak dikenali sebagai Muzium Ada Istiadat Diraja.
Istana Jahar asalnya dibina pd tahun 1855 oleh Sultan Muhammad II untuk cucunya Long Kundur.
Istana ni special sbb berbentuk pentagon.
Still nicely preserve.
Muka malas nk layan ibu.
Cantikkan view dr balkoni Istana Jahar?
Dari Istana Jahar, Kami ke muzium Negeri Kelantan.
(pic dr google)
Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990 bertempat di bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital yang telah diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645)
Semasa lawatan kami, pameran untuk Constantinople, Firaun dan Tok Janggut sedang Berlangsung.
Sedikit sejarah mengenai Sultan Muhammad al-Fatih yg mengetuai penaklukan ke Constantinople.
Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Istanbul (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Pintu ke kubur replika Firaun.
Di tingkat atas, adanya pameran tentang wira kemerdekaan Tok Janggut
(pic from google)
LATAR BELAKANG
Nama sebanarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas
Beliau juga dikenali sebagai “Tok Janggut” keran beliau menyimpan janggut sehingga ke paras dada.
Anak kelahiran Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
Mendapat pendididikan di sebuah pondok di negeri Kelantan.
Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan
Sangat mahir dalam ilmu persilatan.
Bekerja sebagai petani dan peniaga.
SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT
Tok Janggut atau nama sebenar beliau Haji Hassan bin Panglima Mat Munas. Beliau dikatakan menyimpan janggutnya sehingga keparas dada, disebabkan itulah beliau digelar Tok Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah serta mahir bersilat.
Punca perang Tok Janggut adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan British yang masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan sejak Perjanjian Inggeris-Siam 1909.
Pada awalnya Tok Janggut dan pengikutnya tidaklah menentang soal cukai.Tetapi disebabkan proses untuk membayar cukai menjadi sulit dan menyusahkan, membuat Tok Janggut serta pengikut lewat membayar cukai, dan kena hadir ke mahkamah. Tok Janggut Ingkar dan tidak hadir ke mahkamah, begitu juga pengikutnya.
Dari situ tercetusnya perang. Tok Janggut dan pengikutnya pada waktu di gelar sebagai 'pemberontak'. Kini barulah beliau dipandang sebagai wira dan perjuang yang berani menentang Bristish. Walaupun dia terkorban dalam menpertahankan hak. Jenazah tok janggut teruk diseksa.
FAKTOR PENENTANGAN TOK JANGGUT
British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajikan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sireh dan ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di Bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
Balik ke hotel, we have simple dinner kat Chicken Rice Shop kat KB Mall
After maghrib, keluar lagi....keluar habiskan duit...apa lagi...ke tempat fav husband la...Wakaf Che Yeh.
Shopping smpi pitam...huhuhu...pitam sbb pket kering. Hihihihi...
Mai Wakaf Che Yeh...x pernah pegang HP utk snap pic...sbb org yg ramai.,...takut anak hilang.
Better not than sorry...
So, pic google je la...to show how wakaf che yeh is.
XOXO
0 comments:
Post a Comment