Teduhan Kasih

Another print2screen. Teduhan kasih nukilan Marissa. Aku terjebak dgn crita ni waktu dok cari nk download Dahlia dalam DailyMotion.


Cerita ni buat aku terpk, ada ka kawan baik yg kejam mcm Ayu tu. Mak tiri version Teduhan Kasih ni melambak2 aku dengar. Tp di potraykan dalam bentuk visual, aku rasa sedih dan sadis. Kucing2 ayah aku dilayan lagi baik dr heroin dlm crita ni. *sigh*

Walopun hanya cerita, aku harap aku xkan jumpak manusia2 berperangai busuk mcm dalam Teduhan Kasih di dunia realiti. Kesimpulannya, nk kena pi carik novel nih... hehehe




SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. 

Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 

Read more: http://www.perekacerita.com/2013/03/teduhan-kasih.html#ixzz2USUtKkdA







Online reviews

http://akusetiamenanti.blogspot.com/2012/06/review-teduhan-kasih.html
http://gobokairina.blogspot.com/2012/11/teduhan-kasih.html

XOXO

0 comments: