Berat hati sebenarnya nk terima keputusan PRU13. After all, logik akal x bole terima. Tapi kuasa Allah, aku terima dengan fikiran Allah mungkin mahu menguji sekuat mana semangat dan kekuatan kita sebelum diberikan kuasa. Itu apa yg aku fikirkan. Itu logik akal yg mampu aku fikir.
Sedih bertambah bila Kedah kembali ke tangan BN. Tp aku bersyukur, Kelantan masih kekal dengan ulama yang sangat dicintai. Andai Kelantan gugur, aku tatau macamana lara hati aku. Aku x malu mengaku aku menangis bila Kedah kembali ke BN.
Teman2 yg seusia yg menyokong BN ramai yg sinis dan ketawa dgn kemenangan BN. Aku cuma senyum sbb dr segi peratusannya...kita menang.
Soal tipu atau tidak, biarlah...itu urusan mereka dengan Allah. Itu bukan kuasa kita sbb kita x nampak.
Ketua2 yg mengetuai PRU kali ni ramai yg sudah sangat veteran, andai mereka x sempat melalui PRU14 (2018 insya-Allah), apakah kita generasi sekarang mampu sekuat mereka? Mampukah kita menjadi pelapis yg baik?
5 tahun, perjalanan kita akan semakin berduri. Kebangkitan pasti akan dikekang. Tp itu pilihan masyarakat. Semoga Allah bersama kita andai niat kita di pihak yg benar.
Kemajuan bukan semata-mata duniawi, tp jugak rohani. Apa guna harta menggunung tapi jiwa kita kosong. Tiada kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul. Tiada rasa mahu kembali kepada-Nya, seolah tiada kehidupan selepas mati.
Redha, menerima ketentuan Allah. Pasrah, mengalah tanpa bangkit untuk berjuang lagi. Aku memilih redha, tidak sekali-kali pasrah.
XOXO