Sekiranya benar apa yg dibaca, apa yg bakal dipinda drp Akta Kerja 1955 yang mana satu bdn akan diwujudkan dan semua pekerja tidak lg direct dgn mana2 company seperti sekarang tetapi di bwh satu bdn yg mengawal gaji, bonus, OT...aku katakan manusia yg menyokong kerajaan sekarang adalag sebodoh-bodoh manusia yg hidup di muka bumi.
Kalau anda katakan, untuk kesamarataan, apa yg anda nmpk sekarang kesamarataan dengan pemimpin semakin kaya dan rakyat semakin terlungkup? Buta mata dan hati rasanya. Buta dlm melihat kebocoran sana sini. Buta hati kerana mendewakan pemimpin yg korup.
Rujukan... http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6356-akta-kerja-tidak-peduli-hak-pekerja
BUKIT MERTAJAM, 4 Nov: Pindaan
Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober yang lalu membuktikan
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah negara lemah dan tidak
memberi perhatian yang sewajarnya untuk membela nasib pekerja.
Demikian
dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika
berucap dalam majlis ceramah perdana di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu,
Penanti, malam tadi.
Menurut
beliau lagi, akta yang diluluskan membuktikan nasib pekerja tidak dibela.
Mereka akan dilabelkan sebagai pekerja kontrak yang tidak mempunyai
perlindungan keselamatan serta masa depan.
"Kewujudan
kontraktor akan menjadi lambakan baru kronisme yang hendak dilaksanakan oleh
kerajaan pimpinan BN. Ini adalah antara unsur memperbodohkan rakyat. Ia juga
merupakan suatu sistem yang menghala ke arah eksploitasi tenaga kerja.
"Pindaan
ini juga adalah pindaan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun rakyat membuat
bantahan, mereka masih tetap berdegil untuk mempertahankan projek terancang
yang memperlekehkan pekerja dan tenaga kerja dalam negara," ujarnya yang
juga Ketua Pembangkang.
Jelasnya
lagi, sekiranya rakyat tidak menolak kerajaan sedia ada dalam PRU yang akan
datang, tidak mustahil banyak lagi rencana bermotifkan kronisme dan
penyelewengan sepertimana yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara akan
menjadi amalan.
"Jika
mahu negara dan rakyat selama, perubahan perlu dibuat dengan menolak BN dalam
PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli
Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau
Pinang, Datuk Mansor Othman dan pimpinan PR Pulau Pinang
XOXO