I love my life...
My digital diary... I treasure every moment in my life. Up and down.
If we can't love ourselves.... How can we love others... Sincerely.
Trust.... Honesty... Live your life to the max. Keep positive vibes around you. Kick the negative out from your life.
Kashaf Imani...kalo tgk sinopsis crita ni mmg agak klise.
Aku tertengok sebenarnya crita ni, sbb mlm tu x dak crita lain.
Crita pasai masalah sosial la ni...apa jadi pd anak2 bila maknya GRO. Kashaf (Beto) jd drug dealer lps berenti skolah.
Shamim adik Kashaf pulak x tau lak nk kata jd lagu mana. Tp mmg kurang hajaq gila. Tension aku tgk pakaian Shamim tu dgn mulut dia yg mmg hampeh. Adeh...sakit jiwa kalo anak jadik mcm Shamim... mintak dijauhkan sejauh2nya.
Turning point Kashaf bila bestfriend dia mati waktu hantar 'barang' yg senasib baik dia x ikut. Mlm tu, lepas bertengkar dgn mak sbb adiknya, Kashaf kena tikam dengan boifren Shamim dgn alasan Kashaf ilangkan 'barang'.
Hati aku sgt2 tersentuh bila tgk Kashaf yg tak tau dia koma, merayu-rayu mohon kemaafan seorang ibu. Sgt2 sedih bila mak yg x nmpk anak dpn mati (roh je kot), dok ckp dgn roti canai.
Balik la Kashaf...mak x marah Kashaf dah.
Bg aku, crita ni mmg menginsafkan...sgt2....
Imani lak, Sharifah Amani yg nmpk roh Kashaf dlm koma. Dh mcm Ghost Whisperer lak sbb Imani ni boleh nampak roh...hehehe.
Awat tetiba ja aku nk crita pasai traffic light ni? Isk...isk...
Sebenaq-benaqnya aku dah fedap dgn traffic light exit sg seluang ke lunas or padang serai tu. Dah berbulan pasang...tp boleh kira brapa hari ja on traffic light ni berfungsi.
Apa gunanya traffic light kalo sekadar jadi tiang pacak kat simpang kalo x berfungsi. Kalo bukan peak hour oklah...tp kalo peak hour tambah2 dengan ujan atau malam...mmg susah gila nk lintas atau keluar simpang tu....
Kadang tu pk, kalo setakat nk buat hiasan, baik jgn dok pacaka traffic light tu...buat menyemak ja.
Tambah meroyan bila bulan 3 ni bulan bayaq cukai....lagi menyampah bila duit cukai x digunakan dgn sebaiknya.
Demam Asmara mmg susah nk kebah...nak nak pulak lg 2 minggu on air balik...wakakaka...suka ati...
^_^
Lestary ~ ASMARA musim ke-II bermula 8 Mac 2011
Post Last Edit by RomizalRosle at 9-2-2011 18:39
Asmara musim ke 2 insyaallah bakal ke udara selepas selesai tayangan Hani bulan Mac 2011... mengikut calculation kalau xde aral melintang akan ditayangkan pada 8 Mac 2011... Setiap SELASA 9.00 TV3...
Pengambaran Asmara II bermula awal bulan Feb 2011 dan sudah selesai utk pengambaran bagi 4 episod pertamanya yang kini dalam proses suntingan... Sinopsis akan dikemaskini tak lama lagi insyaallah... so sbg mukhadimah sy tempekkan Snapshot watak utama ASMARA yang semestinya di kekalkan iaitu ASMARA (Shahz Jazley) dan ZALIYA (Faezah Elai) bagi episod 01 Asmara musim ke 2...
ASMARA masih susah menerima kenyataan yang ZALIYA sudah meninggalkannya buat selama-lamanya
ZALIYA yang masih koma dikatakan sudah meninggal dunia oleh SAHLAN... yang tahu pasal ZALIYA cuma SAHLAN, ROHAYU, TRIA dan orang gaji SAHLAN.
ASMARA masih tegas dengan pendiriannya... di awal episod ASMARA kelihatan kusut kerana tidak menjaga diri setelah kematian ZALIYA...
ASMARA akan terus berdendam dengan SAHLAN yang menjadi punca perpisahan dia dengan ZALIYA... "Selagi ada perasaan kesal dalam diri saya, saya tak akan maafkan Uncle!"
Namun ASMARA masih menjaga batasan tingkah lakunya pada SAHLAN, bapa mertuanya...
ASMARA tekad untuk berubah dan menerima kenyataan demi ADAM...
Watak OSMAN (berbaju biru) yang menjadi topik perbualan sejak musim 1 walaupun xpernah muncul akhirnya dizahirkan untuk tatapan penonton serta bagi menambah perisa dalam Asmara musim ke 2... cuba teka sapa pegang watak tu? hehehe
tagline utk ASMARA II "Semakin besar dugaan dihadapi, semakin manis nikmat apabila disatukan semula..." Blogger Templates
6 tahun lepas, sempena Maulidur Rasul 12 Rabiulawal...aku diijabkabulkan dengan insan yang amat aku cintai dan kasihi...my another half. Mohd Hidayad bin Abdullah.
Terasa sgt pantas masa berlalu, dah 6 tahun kami bersama dalam 1 ikatan suci. Alhamdulillah...syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Allah kurniakan kami restu keluarga dan anak yang bijak. Walaupun anak agak lewat, namun kami sangat2 bersyukur kerana anak lahir sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke3. Anak yang sihat dan bijak sgt2 melengkapi hidup kami.
Doa kami berdua, semoga cinta kami terus abadi di dunia dan akhirat. Semoga Allah melorongkan jalan yang dipermudahkan kepada kami, berikan kami kekuatan untuk terus bersama melayar bahagia dan teguh menempuh badai rumah tangga. Amin.
ni pic pertama kami bertiga
hijriah hidayad hiwayat
ni tahun pertama anak beraya
waktu ni pi Open House TM
ibu dgn abah bawak anak pi tgk bola...hehehehe
bercuti ke Melaka
aku sgt sukakan pic ni...thanks to ayah yg candid pic ni...love it...
Dah nk mcm dok dalam sauna dah aku dok dlm opis la ni. Dah sebulan rasanya ekon x berfungsi. Tension gila...mmg x selesa...berkuap ja rasanya. Kalo boleh bukak tingkap...len la...x la berkuap sgt dlm ni.
Duhai Mr Director, nk bikin kami sampai jd cm sayur lecoq ka? Reti2 la ikhtiarkan perbaik ekon tu.
Note : Ni br panas donia...isk...isk...insap sat...
I really love family, really glad born in this family.
Aku amat bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan. Love both mum and dad. Love my siblings, love my niece and nephew...and of course I love my hubby and my son.
5 bersaudara...mcm hang tuah lak...
Susah toii nk snap pic dgn budak banyak akai ni...
Walopun pic ni snap raya posa lepas, tp belum pernah aku share di sini...
I'm not an angel yg lari drp rasa marah dan sentap...a.k.a emo terlebih. What ever is happen between me my close friend even so called my twin bro...make me really angry and like wanna eat him and leaving ni pieces.
Tapi, perlukah aku marah dia sampai mcm tu sekali dan lupakan persahabatan kami yg melangkau melebihi 20 tahun? Lamakan kami kawan?
Even this is second occurance happen to me, from my 2 close friend...aku x sepatutnya salahkan depa. Mungkin aku x cukup baik untuk menjadi close friend mereka lagi. Why should I blame them? Perhaps I'm the one to be blamed?
Harap tuan punya article x marah...sekadar dikongsi utk renungan bersama...
To both...you're forgiven ( tp layakkah aku untuk memaafkan? )
Memberi maaf kekadang lagi susah daripada meminta maaf. Siapa yang setuju dengan kenyataan tersebut?? Ah, kenapa dengan diri ini? Apa yang pernah dibaca dalam Al- Quran, hadis dan buku-buku ilmiah susah sangat nak diamalkan. Benar, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, jika ilmu tersebut tidak dipraktikkan. Apabila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya. Ego dihimpit, rasa marah dan tertekan memuncak. Mampukah kita memaafkan ketika berkuasa membalas?? Forgive and forget? Wah, jauh sekali! NAK LUPAKAN?? Huhu, Nak maafkan pun susah!
Cuba renungkan kisah seorang sahabat ini…
Aku (sahabat tersebut) bertemunya sekali lagi setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disebabkan perselisihan. Secara “basi-basi” memang kami telah bermaafan. Tetapi dia (sahabat yang lain) dan aku tahu, mendung di dalam hati kami masih lagi belum reda. Kini, setelah 5 tahun berlalu, suasana sudah berubah. Yang di bawah ke atas, yang di atas meluncur ke bawah.
“Maaf bang…”
Aku tergamam. Aku renung matanya yang agak layu dan keletihan itu.
“Oh, tak apa-apa. Kita jumpa lagi nanti ek,” kataku sambil memberikan kad nama. Dia juga menghulurkan kad namanya dan kami terus berpisah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatiku resah. Jelas, masih sukar untuk aku melupakan kesalahannya. ATAU AKU MASIH BELUM MEMAFKANNYA SEBENARNYA??
Perlahan aku mainkan semula sebuah kaset daripada siri kaset-kaset “pengubat jiwa” koleksi peribadi yang ada di dalam kereta.
“Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya.
Maafkanlah, nescaya kau akan terlepas daripada ‘belenggu ikatan’ orang yang bersalah tersebut. Kau akan bebas daripada terus mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atas kamu. Itu lagi sakit. Maafkanlah, dan engkau akan sihat,engkau akan bebas!” Ustaz memulakan bicara.
Aku diam. Akur. Rupa-rupanya aku masih dibelenggu rasa sakit itu.
“Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. APA PUNCA EGO??
Engkau tidak merasakan kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya,”
Sekali lagi suara dalam kaset itu menusuk hatiku. Aku ego? Ya, jawab suara hatiku.
“Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampunkan semuanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya,”
“Kenapakah kau rasa ‘besar’? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?” Sekali lagi aku terhenyak. Oh, egonya aku.
Aku belokkan kereta ke arah lain. Tidak jadi pulang ke rumah. Sengaja memanjangkan masa untuk mendengar suara kaset dan suara hati sendiri.
“Kau tau tak, aku tak suka orang yang mungkir janji. Kau selalu mungkir janji. Aku tunggu kau lewat. Kau janji nak bayar tapi kau lupa. Kau kata nak buat, kau tangguh. Kau janji macam-macam, tapi habuk pun tak ada. Kau buat macam-macam, berulang-ulang kali… Kali ini aku susah sangat, kau buatkan aku begini. Sampai hati kau.” Bentakku setelah sahabatku itu memungkiri janji sekali lagi.
“Eh, siapa suruh kau percaya? Siapa suruh kau tunggu?? Biasalah, kau takkan tak tahu perangai aku macam mana kan.” Tempelak sahabat yang lain itu.
“Kalau macam ni susahlah aku.”
“Dah tahu susah, jangan kawan dengan aku! Marah si sahabat lain.
Masih terngiang-ngiang dialog di antara kami ketika itu. Walaupun dua hari kemudian dia menelefonku meminta maaf, dan aku memaafkannya, tetapi sejak itu kami ‘putus’ hubungan.
“Cuba bayangkan, kasih sayang Allah. Kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, dan buat dosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat. Alangkah beruntungnya orang itu.” terang ustaz lagi.
Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkannya ialah dia buat begitu- memungkiri janji, berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah?? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa, SIAPA BESAR??? Reputasiku hampir hancur, malah aku hampir kehilangan pekerjaan dibuatnya. Tapi, terlalu besarkah dosanya kepadaku??
“Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar- besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.”
“Aduh, kecilnya kesalahan manusia dengan manusia berbanding dosa antara manusia dengan yang Maha Esa. APAKAH ALASAN KITA UNTUK TIDAK MEMAAFKANNYA?? “
“Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.”
“Maafkan dosa sesama kita, insan yang hina ini, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya nanti. Allah Maha Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.” Ustaz menamatkan bicaranya di dalam slot tersebut.
Ingin segera rasanya diri ini memaafkan, agar segera dosa-dosa kita diampunkan Allah. Ya Tuhan, …egonya aku selama ini. Menyimpan sifat “ketuhanan” dalam diri yang begitu hina dan serba kekurangan ini. Ya Allah, semoga Kau mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini yang bertimbun-timbun ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Semoga cerita ringkas ini mampu menjadi iktibar bagi diri kita semua. Yang penting adalah amal. ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON YANG TIDAK BERBUAH. Tak guna kita tahu pentingnya memaafkan, tapi kita tidak praktikkannya…Wallahualam
Funfair isnt fun as old days. Dah mkn kurang permainannya. Smlm, mak ayah ajak kami bawak anak pi funfair di Tmn Ria Jaya. Mak ayah lak bawak kak wanie sama. Anak dgn kak wanie really enjoy their nite.
Anak mulanya sgt excited nk naik train, tp bila bg naik tutup mata dgn tangan tapi jari terbukak...so cute. Takut tp nk naik. Ku sangka kan macho, upanya takut...hahahah.
Tp play most of game there. Tp plg x tahan, dpe ajak ibu yang gayat ni naik roda putar tu. Sudahnya suma peluk aku...gayat jugak anak2 aku ni. Hahahaha...dah la bunyi roda tu ek ok ek ok....mcm nk relai pun ada gak. Cam nk nangis ja bila roda tu berenti kat tgh2..bahagian paling atas dan tinggi sbb tukar org...huhuhuh...tp control..control...nanti anak2 gelak.
I'm going home. Syoknya rasa, cuti 4 hari...xcited ni. Hehehe
Bertambah besh bila kakak 1 family balik dr KL. Balik sat lg sebelum pi psg set meja pengantin mlm ni, nk buat tiramisu dulu...so boleh mkn sesama dgn anak2 menakan esok. Insya-Allah...
MEMBERONTAK...tengking, jerit, maki, rotan dan seumpamanya hanya akan membuatkan hati anak jadi semakin keras.
"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!"
"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"
Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).
Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.
Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.
Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?
Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.
- Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.
Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
- Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.
Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.
Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.
- Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.
Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
- Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.
Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.
Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.
- Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.
Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak.
- Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).
Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
- Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.
Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak 'makan' dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.
Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.