La ni tgh syok layan crita Mahabbah De Laila...
Sinopsis Mahabbah De Laila TV9...kredit to here ... dan juga here
MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila.
Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.
Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelang hari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanita yang terlalu tabah.
Apalagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.
Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.
Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.
Pada masa yang sama, Waad ‘berperang’ emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.
Akan disiarkan di TV9 pada Mac tahun depan, drama 26 episod yang akan memenuhi slot sejam itu turut menyingkap bagaimana ketabahan De Laila dalam melayani kerenah suaminya.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Abby Abadi, Hairul Azreen, Zarina AF2, Anding AF2, Maimon Talib, Fadhil Dhani, Dian P. Ramlee, Yusof Wahab, Liza Abdullah dan Faizal Hussin.
Mengulas perihal watak De Laila, pengarahnya, Hadji Maa Hayu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd., memberitahu, watak De Laila, lebih kepada karakter wanita berkerjaya yang berhati mulia serta sering menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.
“Disebabkan dia seorang yang berhati mulia, sepasang suami isteri yang telah termakan budi yang ditabur oleh De Laila berkenan dengan sikap serta kelembutan De Laila.
“Lantas mengahwinkan anak mereka yang berusia belasan tahun dengan De Laila.
“Apa yang cuba kami zahirkan dalam cerita ini, bukan hanya ketabahan hati dua insan yang berbeza umur yang disatukan dalam ikatan perkahwinan tetapi kebaikan seorang insan yang mempunyai kelebihan dalam menghulurkan bantuan,” katanya.
Di minda masyarakat, sudah tentu akan memandang serong kepada lelaki muda yang berkahwin dengan wanita berkerjaya dan berharta.
Oleh sebab itu, kisah tersebut cuba diketengahkan kepada umum untuk turut sama menilai dan merasai bagaimana dilema yang dihadapi oleh pasangan yang berbeza umur menghadapi gerbang perkahwinan.
Berbeza umur
Bercerita perihal wanita bersuami muda, menurut pengarah berkenaan, dalam penilaiannya, tidak wujud sebarang masalah berkaitan perkahwinan pasangan berbeza umur asalkan kedua-dua pihak dapat berfikir dan mengatasi segala masalah secara rasional.
“Kebijaksanaan mereka itulah yang cuba kita tonjolkan dalam siri ini.
“Biarpun menyatakan bahawa tidak menyintai De Laila, namun, sebagai seorang isteri, De Laila masih berlembut hati dengan membiayai pengajian suaminya,” katanya.
Gandingan pelakon muda Hairul Azreen yang dipasangkan dengan Abby Abadi ternyata banyak menterjemah kisah yang cuba disampaikan.
“Berbanding Abby, pada awalnya memang sukar mewujudkan keserasian antara Khairul dengan Abby. Namun, setelah hampir sebulan menjalani penggambaran, lakonan Khairul semakin lama semakin matang.
“Biarpun nampak sedikit pemalu, namun tidak sukar membentuk serta mewujudkan keserasian di antara mereka,” katanya.
Drama 26 episod nie telah mula ditayang pada awal bulan 8 . Bersiaran pada setiap hari Isnin pukul 9.30 malam di slot Ratu TV9 . Tak tengok drama nie tapi nampak best sebab kahwin dengan orang muda . Hehehe . Boleh tengok online episod 1 kat TV9 Online , tak payah register .. syok ! =)
Blogger Templates
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment