Maulidur Rasul dan 5th Anniversary

Salam Maulidur Rasul sempena hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Lima tahun dulu, pada 12 Rabiulawal...kami diijabkabulkan selepas solat asar. Dengan 2 kali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Mohd Hidayad bin Abdullah selepas bertahun-tahun berkasih sayang... hehehe

Dan hari ni genap 5 tahun perkahwinan kami jika diukur dlm kalendar hijrah Islam (sepatutnya). Walopun tanpa kek dan tanpa sambutan secara rasmi sbb hubby cbuk dgn khemah, kami tetap bahagia. Insya-Allah jika dimurahkan rezeki dan panjang umur, kami akan meraikan dengan kenduri kesyukuran bersama birthday bash Muhammad Rayyan Hiwayat nanti....tungguuuuu...

Doa aku, moga Allah memurahkan lagi rezeki kami, memanjangkan, memberkati kasih sayang dan cinta kami hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa bersama kami.




Ya Allah Ys Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara utkku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik utkku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dr menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan utk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami aku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di Dunia tetapi bukan di Akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu
Ya Allah
Sesungguhnya...aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah...ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dgn keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yg dikasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa dihati
Amin Amin Ya Rabbal Allamin...

0 comments: