Happy Birthday...mom...

Happy Birthday to you....Happy Birthday to you....Happy Birthday to mak...

Hahahhaha...hari ni besday mak. Aku jadik orang ke-2 selepas kak. Ceh...ingatkan aku yang paling awai. mak akata orang yang kat rumah langsung x ingat...sian mak.

Hari ni aku sibuk sgt2...kerja melambak-lambak...tapi mak punya pasai...aku tinggai kerja berselerak...mak lebih penting.

Aku dengan hubby singgah Tesco belo hadiah besday untuk mak. Untuk mak...spesel...aku beli microwave oven...walaupun bukan yang riban2...aku harap mak suka...sebab itu idaman mak.

Aku jumpak mak kat rumah tok. sebab tok x larat pulak. kesihatan tok makin hari makin teruk. hm...aku doakan apa yang terbaik buat dia. kesian gak bila aku tgk maksu. makcik sekeluarga pun ada sana jugak. rupanya memang orang2 kat rumah tak ingat besday mak. sian mak. ayah siap leh kata...ala style orang putih...ceh...dah 31 thn kahwin br tahun ni lupa...

:P

dari rumah tok, aku dengan hubby baru la cari something to eat. sudahnya lepak kat jam besar...makan sate dengan sotong kangkung...cukupla untuk malam ni...asaikan kenyang.

aku memang ngantuk sangat-sangat. letih la kerja banyak sekarang...

bye....huargh....ngantuknya......

wassalam

Boring...

Assalamualaikum...

Hari ni aku mulakan hidup dengan bersemangat. Tapi makin lama aku makin down. Mood tak dak. Kerja pun x seaktif dulu. Sekarang aku dalam transition untuk take over customer Celiant and Forem from CTO and CIT.

Perjalanan untuk transition x berapa rancak walaupun lancar. Aku suka sesuatu yang agresif, so bila semuanya slow aku cepat rasa bosan.

Tadi aku hantaq baju adik aku untuk tebuk lubang butang baju melayu dia. Esok dia nak pakai untuk konvo. Tapi aku x dapat sticker untuk masuk poli. Nampak gayanya nak kena suruh ayah mai amik la kot. kalo nak suruh aku jalan, selamat la...memang aku x pi. dah la jauh, kalo kena panas terik ka ujan lebat ka...lagi la...SELAMAT...hehehhe...

Walaupun ada kat opis la, hati aku tak dak kat sini. Ntah ke mana hati aku merayau, aku pun x tau. x dapat nak dikesan lak.

Pagi tadi jerebu tebai gak dekat padang serai. hm...jerebu oh jerebu...bila la nak abih.

hm................

Happy Birthday to me.....

Happy Birthday to me...Happy Birthday to me...

Aku mulakan hari aku macam biasa, sebab selalunya orang x ingat besday aku except mak, kakak dengan adik. Hubby pun jarang ingat.

Balik dari lunch, Aida bagi kad kat aku. Bila Jamil masuk kerja, aku wish SELAMAT HARI TUA...wakakkakak...ye la...dia tua semilan tahun dari aku. Tengah syok kami dok sembang-sembang, kami dengar bunyi plastik dari meja belakang.

x dan nak kata apa, Jamil dah lari pi toilet. Rupa-rupanya ada surprise cake dari team. Hehehhehe...malu lak. Hampeh toi Jamil, dia lari masuk toilet bila tgk aku x tiup lilin lagi. Bila dia confirm lilin dah tiup br dia keluar. Malu lak aku.

Lastly, hubby hantar mesej with happy birthday rasa terawang-awang jap. Tapi dia cakap blom ada hadiah sebab ujan, dia x leh keluaq beli hadiah. So buat sementara, pi dinner je la dulu. x kisah la tu, janji dia ingat. itu yang penting.

Happy Birthday to me..............

Sunday Blues...

Abang sampai KL koi 6.15 pagi. Katanya bas singgah merata...Shah ALam la...Klang la...so sampai lambat. Bagus jugak sampai lambat. Kalo x kena tunggu jugak. LRT koi 6 baru ada. Perjalanan masih ada...Melaka masih jauh.

Dari semalam aku try call Sue. Tapi hampa. Aku risau. So aku tunggu jugak Sue sampai koi 3.30 ptg. Aku gunting baju, petang-petang boleh gak aku hantaq pi jahit tepi kat SKY. Sudahnya koi 3 ptg Sue tak dapat dikesan. Aku siap2 solat Zuhur, keluaq pi repair kasut dengan hantaq jahit tepi.

Sementara kasut dengan baju nak siap aku pi amik air kat Tupah. Ramainya orang...mentang-mentang la hari Ahad. Selesai amik air, aku rush balik pekan. Takut kedai kasut tutup. Tengah dok tunggu kasut mak call. Siap amik baju kat SKY, aku balik umah mak.

Pekena nasik siap2, bawak mak pi tengok Dayah, Kak Da dengan Jah. Anak-anak depa suma jantan. Musim anak laki la.

:(

Sampai umah dah koi 8.30mlm. Ingatkan nak jahit baju. Tapi kena habiskan kerja skolah dulu. Sudah siap patchwork pun dah 11 lebih. Mana sempat nak jahit baju. Siap2 semua...aku terus masuk tidoq. Bajupun x dan nak lipat lagi...letih. Balik kerja esok la lipat.

Anak Merdeka

Semalam aku dengan abang keluaq makan kat Mama Chop and Papa Grill. On the way balik, nampak la persiapan untuk malam ni. Sambutan Hari Merdeka yang ke-49. Dah 49 tahun Malaysia merdeka.

Tapi apabila kita renungkan kembali, kita masih terjajah sebenarnya. Minda kita, akal kita, kehidupan kita bahkan agama kita. Contohnya, Polis kita masih mengguna pakai akta kepolisan yang ditulis oleh Lord Reed ataupun lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reed. Kenapa perlu kita menggunapakai akal pemikiran Reed sepenuhnya? Kenapa tak digubal mengikut adab Malaysia sebagai negara ISLAM?

Terlalu banyak kepincangan dapat dilihat, rasuah...di mana-mana sahaja...,kroni...nak dapat kerja bukannya senang. semua nak kena ada references a.k.a recommendation from somebody...somebody. Orang yang bertuah macam aku...murah rezeki kerana mudah mendapat pekerjaan...x ramai. Masih ramai teman-teman aku yang memiliki keputusan akedemik yang lebih memberangsangkan masih terkontang kanting mencari kerja yang sesuai.

Pergaulan bebas...usah dikenaglah. Tak payah pi sampai ke KL atau Penang. Tengok saja kat Sungai Petani. Naik ja tingkat atas Central Square tu. Bersepah-sepah dengan PUNK, SKINHEAD....dengan minah-minah yang pemakaian bagaikan bohsia...berpelukan...berciuman tanpa segan silu di khalayak ramai. Walaupun mereka rata-ratanya lebih muda...aku sendiri takut dan geli untuk berjalan di celah-celah mereka.

Ingin ditegur...bagai mencurah air je daun keladi. Aku berharap dan berdoa...agar adik-adik aku yang sedang meningkat naik hari ini, tak terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ini.

Aku mencari erti kemederkaan seperti yang dilaung-laungkan. Cukupkah dengan memasang bendera di kenderaan ataupun di premis2? Cukupkah dengan perarakan di pagi Merdeka, laungan MERDEKA sebaik sahaja jam berdeting 12 tengahmalam? Itu bukti kita merdeka, tapi ia tidak mendatangkan kesedaran buat anak bangsa yang leka. Kita mungkin akan kehilangan kemerdekaan ini jika kita terus terleka.

Renung-renungkanlah...muhasabahkan diri...

-Peace-

Hidup perlukan pengorbanan

Assalamualaikum...

Hari ni aku pi belajaq menjahit. Dah mula jahit patchwork kapal layar. Banyaknya yang nak kena cantum. Bila masuk kerja dengan kerja yang banyak...aku mula mengantuk. Huarghhh....x bestnya...kerja menimbun...

System make me crazy....arghhhhhhhhhhhh....................

Aku menghabiskan malam semalam bersama abang menonton kisah Mawi dan Ina. Aku bukan pro or cons mana2 pihak. Bagi aku, masing-masing ada salahnya. Melihatkan Mawi yang teramat berahsia dan juga ego, kesalahan tak boleh dijatuhkan 100% keatas bahu Ina mahupun ke bahu Mawi 100%. Mungkin Mawi tak selesa melihatkan Ina diselaputi glemer seperti sekarang dan menjadi buruan media. Dan sebagai wanita dan juga tunangan tak salah Ina mendesak untuk pihak Mawi menghantar wakil jika ingin menangguhkan pernikahan.

Sebagai wanita aku dapat merasakan keperitan kerana kalau boleh biarlah cinta pertama membawa bahagia hingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun, aku tak setuju dengan langkah Ina ke dunia seni yang amat banyak dugaan dan telah merubah Mawi. Mawi mungkin merasakan dia masih sama, sedangkan orang yang berada disekeliling tak merasakan yang sama. Perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup Mawi juga tak memustahilkan berlakunya perubahan dalam kehidupan orang-orang ynag terdekat dengan Mawi, yang boleh menjadi pengaruh besar dalam hidupnya.

Ketidakadilan ada di mana sahaja. Kalau boleh ingin kukatakan pada Mawi, walau apapun hubungan mereka sekarang; aku harap dia akan dapat menunaikan hasrat yang pernah diluahkannya selepas bergelar juara dulu. Ingin menghantar ibu bapanya dan juga ibu bapa Ina ke Mekah menunaikan fardhu haji dan umrah. Sebagai umat Islam kita tahu, niat untuk ke sana jangan dibuat main. Padah akibatnya. Tunaikanlah janji itu.

Melihatkan mereka, masih ada sayang yang melingkari hati. Moga masih ada jodoh buat mereka. Berilah mereka masa menilai salah silap sendiri, buat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Hidup memang perlukan pengorbanan. Mawi hidup mewah sekarang tapi dia hilang kebebasan, tunang dan ayahanda tercinta. Ina juga dibaluti glemer akibat tempias Mawi, tapi dia kehilangan cinta pertamanya... bak lagu Erra...harapan tinggal impian...!!!

Hidup perlu diteruskan. Moga kebahagiaan menanti mereka...:).

Lagu favourite aku dari F4...Cant Lose You...
“Mei You Ni Wo Hui Shi Shui? ( Tanpamu, siapa diriku ?)
Xin Ting Zai Na Li Do Bu Dui (Di mana pun hati ini, rasanya selalu salah)
Na Jin Tian Ca Diao Zuo Tian...Kong Bai Yi Pian (Ambil hari ini, lepaskan semalam … penuh dengan kekosongan)
Na Yi Tian, Zai Na Yi Tian (Bilakah, bilakah ?)
Ke Yi Ji Xu Wei Wan Jing Jie (Dapat melanjutkan kisah yang belum selesai)
Zai Zhe Jiao Cha Dian...Shui Pei Zai Ni Shen Bian (Siapa yang ada menemani disisimu)
Jiu Suan Chuan Shi Jie Dou Yao Ba Ni Fou Ding (Walaupun seisi dunia ini menolak dirimu)
Ye Bu Neng Rang Wo Fang Chi Ni (Tak akan mampu membuatku menyerah)
Jiu Suan Wo Men De Guo Chi Dou Mei You Le Zheng Ming (Walaupun tak ada bukti dari masa lalu kita)
Wo Yi Rang Shou Hu Ni (Aku akan tetap menjagamu)
Oh Baby Baby Baby, My Baby Baby
Wo Jue Bo Neng Shi Chi Ni (Aku tak mungkin kehilanganmu)
Ni Shou Xin Ni Sheng Yin (Tanganmu, suaramu)
Hai Zhan Lin Wo De Xin Zen Neng Wang Ji (Masih menggenggam hatiku, Bagaimana mungkin melupakan)
Xiang Ni Jin Xiang Shi Hu Xi (Merindukanmu dalam setiap hembusan nafasku)
Oh Baby Baby, My Baby Baby
Wo Jue Bo Neng Shi Chi Ni (Aku tak mungkin kehilanganmu)
Bu Guan Ni Zai Na Li (Di manapun kamu berada)
Wo Yi Ding Hui Zhao Dao Ni ... (Aku pasti akan menemukanmu)

I love my life...:)

Buat semua...hargai apa yang kita miliki selama ia menjadi milik kita...bukan selepas kita kehilangannya...

-double_h-

Monday Blues...

Assalamualaikum...hari Monday blues. Semalam tidoq lambat, kemas barang-barang menjahit. Sudahnya sakit dada. Tak boleh bangun, punah harapan nak pi belajar menjahit hari ni.

Hari ni masuk half day. Tengok-tengok...banyaknya kerja. Cemana nih. Cemana nak balik awai. Tak bestnya. Banyak lak EMC released weekend hari tu. :( ... tapi dah namanya pun rejakan...mau tau mau...kenlah ikhlas kan hati buat jugak. Dah itu punca rezeki aku.

Semalam pulun jahit baju-baju Kak As dengan Kak Ela, sampai krem pinggang aku. Bila la nak beli meja menjahit ni. Tapi macam x puas hati la baju-baju yang aku jahit tu. Aku tak pernah menjahit untuk orang, selain daripada baju kurung. Blouse untuk pakai sendiri ada lah...susahnya tak dak mesin jahit tepi nih.

System slow sangat hari ni. Moodpun jadik slow. hm....

Today is Friday....olalalalala

Today is Friday. Weekend mood already. Olalalalala...hari masuk kerja half day. Bukannya, saja ja malas. Spent this morning dengan gunting baju Kak Ela. Dah siap tiga-tiga helai. Malam ni kalau sempat boleh gunting baju Kak As. Esok boleh jahit tepi.

Weekend ni abang sibuk. So boleh la aku siapkan baju-baju depa. Insya-Allah. Semalam semua kerja terbengkalai, abang ajak pi Tesco beli mineral pot. Yang lama dah bocor. Dah uzur gamak dah empat tahun pakai. Balik pun dah lewat, nak iron baju lagi nak solat Isya' lagi. Dekat koi 1 baru masuk tidoq. Semalam sakit, pedih sangat bila bubuh ubat. So tak leh tidoq...dekat koi 3 baru boleh lena. :(

Kadangkala life ni tak adil. Maksud aku, manusia buatkan life ni jadi tak adil. Bila lelaki menurut kemahuan perempuan membuta tuli hanya kerana dikaburi dek kemanjaan, kelembutan dan mungkin sedikit kegedikan. Buatkan manusia sekeliling merasa peritnya. Walaupun aku tak terlibat dalam kedua bahagian, aku tetap bencikan benda yang terjadi. Betapa tak adilnya manusia bila berada di atas.

Sedih bila manusia bersikap selfish. Sebab tu kita boleh tengok ketidakadilan di mana-mana saja tempat di dunia, tak kira besar atau kecil pangkat seseorang...ada saja ketidakadilannya. Tapi sebagai seorang Islam, keganasan di Lubnan dan Palestin oleh Israel amat menghiris hati aku.

Tambah lagi bila tengok Adib yang agak murung sewaktu serangan Israel ke atas Lubnan. Kalau aku, di tempat Adib rasanya aku dah tak mampu nak kerja. Bila isteri dan anak-anak entahkan hidup entahkan mati di BOM Israel...Yahudi Laknatullah. Baru ja balik ke Lubnan, tup...tup ini jadinya. hm...

Kehidupan adalah sesuatu yang penuh kesukaran dan kepayahan. Namun tanpa cabaran dan dugaan, kita takkan merasa betapa manisnya kebahagiaan. Manusia kerap mengeluh tanpa melihatnya dari sudut yang lain. Sememangnya fikiran manusia terhad, begitu juga dengan aku. Seringkali terlupa untuk bersyukur apabila senang.

Aku menanti hari-hari bahagia teman-teman aku...Aida...Sue...Oja...Ayu...Wani...Miza...dan ramai lagi. Menanti hari mereka sah bersama pasangan masing-masing...menikmati kebahagiaan sebagaimana aku menikmati kehidupan aku. Aku sayangkan mereka dan aku mengharapkan yang terbaik buat mereka. Rozi sudah menyertai aku lewat seminggu, aku juga mengharapkan dia bahagia seperti aku ataupun lebih lagi.

Cinta suami dan kasih keluarga buatkan aku ingin terus hidup, terus berjuang menghadapi hidup yang kita sendiri tak pasti bagaimanakah ia akan berakhir. Apa yang pasti aku hanya ingin bahagia bersama-sama semua yang aku sayang dan kasihi.

Life is hard but its beautiful if we know how to appreciate it.

- Luvs 4ever-

Arghh...sibuknya...

Hari masuk kerja lambat. Segan lak...hehehehe.

PI belajaq menjahit, start buat patchwork kapal layar. Habis projek ni, aku nak buat bagi besar sikit, boleh buat comforter ka selimut ka. Tapi yang bestnya, bila ada sorang bagi kat aku acuan untuk buat buah epal dengan sarung kusyen bunga tulip. Acuan bunga tulip idamanku...uwaaaaa...bestnya. Tak sabaq nak pi carai kain, boleh buat set cadar. mesti gempak punya la. Oooo...lalallalalalalala....sukanya hati.

Balik nanti nk sambung gunting kain untuk buat patchwork kapal layaq tu dulu. So malam esok boleh pi tengok wayang dengan abang. Lusa gunting baju Kak As dengan Kak Ela, Ahad boleh jahit.

Back to work. Dalam suka hatipun...kerja banyak. Hari ni EMC banyak lak package released. Kelam kabut gak...Honeywell pun macam-macam issue dok ada. Shaffri pun serabut gak bila semua ingat dia backup Bobby. Wakakakaka...sama-sama la kita terlentang. :P

Sakitnya hati dengan CTH. Susahnya...bencinya....dah berkali-kali explain pasai Y to E suffix ni. Tapi keep asking me the same question. Tambah-tambah nk implement new procedure lagi untuk RoHS...mau pecah kepala aku. Ni nak kena carik lak email2 lama...nak kena forward balik. Tak ke menyusah namanya tu. BU dah le lembab nk bukak...tetambah lagi email besar-besar nih.

Dah la tengah bengang SHREQ tak siap-siap lagi. Jenuh nak terang sebijik-sebijik kat mamat IBM India nih. Dah la slang dia penat aku nak paham. Awat la hari kelam kabut sangat. Uwaaaaaaa....bila la nak siap neutralzier aku ni. Huhuhuhuhu...tak larat dah aku nak buat manual. Kesian gak kat Thailand, everytime nak bridge tiap kali tu ada prob.

Say hi to Benjamin. Dah lama x contact dia. Tak dak kerja tak contact la. Kan ke lumrah manusia...tak dak kepentingan...kurang la sikit. Lagipun kesibukan yang sentiasa menghambat buatkan ruang untuk aku bertanya khabar amat terhad. Memang aku sedar, since dari sekolah lagi aku kurang bertanya khabar dengan kawan-kawan termasuk kawan baik aku.

I miss u Sue. Miss u much.

Work is never end

Hari ni hari segan. Masuk kerja pun lambat...so akibatnya kenala balik lambat. Cuaca pun redup ja. Menambahkan keseganan aku. Dah pi kerja lambat, tak dan la aku nak breakfast. Sudahnya ligan Aida ajak keluar makan awai. Hehehehehe...sowi ah...aku lapaq.

Hari ni aku betoi2 busy. Tetiba ja kena jadi bidan terjun nak cover Bobby. Aduh...sakit kapala. Macam nak migrain ja pun.Ye la nak menjawab and solve all the issue. Honeywell dah la out from aku punya area. Kalo setakat Palm yang pakcik tu tinggai kat aku...no hal la. EMC pun tengah dok tgh cacamarba. Penatnya 16 assy kena modified BOM satu2. Uwaaa.......tensionnya. Lambat betoi la geng IBM India ni buat kerja. SHREQ dah due tapi tak solve lagi.

Hari ni super-super big boss mai Malaysia. Muda jugak lagi. Rasanya ada la around 40 or late 40. Ntah hapa la yang dia cakap. Aku dok sibuk gelak dengan Zamri sambil makan Mentos. Wakakakak.

Kak Zu mai bawak baby. Comelnya...baru seminggu...Afnan nama dia. Comey la...mesti besaq nanti comey cam abang dia gak...Aniq.

Hari ni langsung tak dan nak sambung novel. Tapi kira nasib baikla walaupun sibuk. Kalau tak hari ni mesti sibuk nak prepare for outstation to Thailand. Mesti lagi sibuk. Nasib baik ada Lok...thanks Lok sebab willing nak pi. Zamri memang dah tak nampak orang lain lagi. Dah la customer audit...jenuh aku nak temberang. Lok tak pa la memang super duper punya expert.

Macam mak kata kerja memang takkan habis...tapi terpulang pada kita how to manage it. Aku lebih rela sibuk daripada mati kutu tak tai nak buat apa. Boleh sakit jiwa aku jadiknya.

Hari ni aku mencari Kak Gee yang slalu mail aku waktu aku menulis dalam Relaxjap dulu. Tapi aku x jumpak address dia lagi. Sedih gak. Silap aku...aku yang dah lama tak contact dia. Sibuk sangat dengan reja since aku masuk sini almost 3 years ago. Nampak gayanya aku kena selongkar group Relaxjap nak carik balik address dia. Hopefully dia still active ngan group tu. Dia banyak bagi semangat untuk aku menulis dulu...walaupun hanya kenai through cyber world.

Thats all for now.

Love our life

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Dengan blog ni boleh la kembali bertanya khabar dengan teman-teman yang dah lama tak contact dan jugak carik kawan-kawan baru.

Aku tengah dalam process edit novel pertama aku yang pernah aku hantar ke group Relaxjap tiga tahun dulu. Lama betoi nak edit balik novel ni. Almaklumla...first novel. Harapan aku adalah rezeki untuk diterbitkan macam teman-teman di Relaxjap yang pernah berjaya.

Dulu novel ni diberi nama CINTAKU UNTUKMU tapi la dah tukar kepada RELAKU PUJUK. Masih mencari idea yang baik. Tapi harap-harap akan dapat disiapkan secepat mungkin.

-Love my life-

Sejuknyaa...........

Aku bangun pukoi 5 pagi. 2 jam ja tidoq. Aduh...sakitnya badan. Tidoq x cukup. Kalo ikutkan bantai dengan tilam...maunya aku tak mo bangkit. Bestnya mandi...aku tak tau macamana nk gambarkan keadaan bilik hotel. Memang best. Bestnya kalo abang ada...dia mesti suka tengok hotel cam ni.

Aku check-out pukoi 5.45 pagi. Dengan driver yang sama aku dengan Zamri ke KLIA. Aku bantai lena dalam Merce. Jadi mem la sat.

Sampai kat KLIA terus check-in. Takut jadi macam semlm. Lagi satu masalah...itineray aku dengan Zamri ke Hongkong dah cancel sbb kami miss flight smlm. Gelabah bewak gak. Nasib baik flight x penuh...kalo tak aku dengan zamri kena tendang ke flight koi 3.30 ptg. Nasib baik gak pompuan kat check-in kaunter tu ok. Dia tlg confirmkan semua flight kami.

Lepas check-in kami pi breakfast. Minum kopi. Aku pening-pening lalat. Tidoq tak cukup. Aku mesej abang. Mintak maaf. Aku mintak restu dia. Aku harap restu dia. At last abang mesej balik dengan restu. Aku rasa cam nak nangis. I love you...love you.

Flight dari KLIA ke HongKong koi 9 pagi. Aku pilih x mo dok kat dinding, senang aku nak pi toilet. Sepanjang flight aku layan Harry Potter dengan Anak Mami the Movie. Zamri layan game sambil dengan lagu. Flight ke Hong Kong smooth. Tapi bila nak turun, terkejut bila nak turun flight stewardess announce suhu kat HongKong 11degree ja. Aduh...sweater dlm beg besar. Turun flight...zamri tgk aku...aku tgk zamri. Dua-dua orang badan dah ketaq.

Driver from Celestica HongKong pickup from Hong Kong airport ke Kowloon Train Station. Dari airport ke Train station about 45 minutes. Tapi HongKong memang nampak teratur. Passanger blakang pun kena pakai seatbelt. I'm enjoy the scenery. Passby bandar HongKong. I'm impressed.

Sementara tunggu train ke Dongguan, China aku dengan Zamri lepak kat Starbucks. Minum coffee. Rupanya orang tua ni suka sungguh minum kopi. Pantang ada can mesti dia carik kopi.

Train ke Dongguan macam tren KTM ja, tp rasanya KTM punya lagi best. Dah la x paham menatang hapa. Kali ni through train take about an hour untuk sampai Stesen Dongguan. Bagi aku tak ada apa yang menarik sepanjang perjalanan. Lalui kawasan rumah dengan town-town biasa.

Aku sampai di stesen Dongguan dalam pukoi 4.15ptg waktu Malaysia ( sama ja waktu dengan Dongguan ). Tapi sejuknya Ya Rabbi...about 3 degree. Bertambah menggeletar la aku dengan zamri. Fanny arrange driver hantaq kami ke hotel. New Century Hotel dekat town Dongguan, Guangdong. We decide untuk stay kat hotel ja malam tu. Sejuk sangat. Zamri tak dak sweater.

Aku pinjam phone Zamri, call mak dengan abang. Bgtau aku dah sampai hotel kat DOngguan. So aku dan Zamri decide untuk stay kat bilik ja. Aku pun dah ngantuk...langsung x keluaq bilik. Makan ja apa yang ada. Janji dengan Zamri esok koi 8 kat lobby.

Malamnya memang sejuk gedi. Suhu jatuh ke 0 degree celcius. Aku pakai 2 lapis comforter.

I miss u, hubby.

So tidoq la aku dengan peluk baju hubby...saja aku bawak baju yang abang dah pakai...bau badan abang still kat baju tu.hm...miss u much.

Aku dinner dengan burger yang aku beli kat KLIA.

Good night...aku nak rehat...penat sepanjang hari dalam perjalanan.

Bad day....

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............................

Ayang mintak maaf. Maaf sangat-sangat. I love you...I love you...jangan marah ayang.
:(

Hari ni aku dikejutkan dengan panggilan Adib untuk bertolak ke China malam ni jugak. Cepat dua hari dari plan. Aku dapat tau pun lepas lunch. Mana nak get the laptop lagi...nk get the advance. Gaji pun lambat lagi. Uwaaa....

Aku call abang...dia bengang. Aku paham perasaan dia...sebab aku pun rasa tertekan gila. Aku tak sempat nak get advance daripada Lay See. So aku pau advance dari Adib...1k. Call mak...mak terkejut gila. So mak ayah decide untuk ke airport hantaq aku sambil hantaq sambai ikan bilis. :(

Pukoi 6.30 baru aku dapat laptop. Aku dah amuk...kelam kabut balik. I'm home with tears. Adib nampak aku dengan tears. Aku buat tak tau ja dekat dia. Sedih la...buat macam ni. EMC plak nampak banyak dengan nak convert to RoHS. Aduh...why suddenly?

Aku sampai umah dah pukoi 7 mlm. Aku sampai abang keluaq pi beli makanan untuk aku. Pukoi 8 pun abang x balik lagi. Alamak flight ke KL pukoi 9.40 malam. Pukoi 8.30 baru dia samapai. X solat maghrib lagi. Aku dah ketaq gila. Tapi aku diam...takut abang lagi marah. Aku tak mau pi tanpa restu dia.

Aku sampai Penang Airport pukoi 9.15mlm. AKu dah tak boleh check-in dah. Luggage Zamri pun kena bawak keluaq sebab check-in time dah over. So kesimpulan dia kami miss flight to KL. Ayah marah...sbb aku lambat. Aku diam ja....

Luckily Airasia masih ada space. So for the first time aku naik Airasia. Keciknya space dia. Uncomfortable gila. Macam nak bernyawa pun x brapa nak lepas. Syahdu gila bila cium tangan dengan peluk abang. Sedih sangat. Aku nak bawak dia skali....tapi...

Sampai KLIA pukoi 11.30 malam. Stella booking Sheraton Imperial sebab nak pi amik VISA dari agen. Aduh...jauhnya. Driver limo from hotel lak baru balik...sebab tunggu tak sampai-sampai. At last koi 12.15 baru gerak dari KLIA to Sheraton Imperial. Aku memang dah letih gila. Aku sempat beli Bagaikan Puteri dari KLIA Shoppe...buat teman ke Dongguan.

Sampai di Sheraton Imperial pukoi 1.15 pagi. 5 star hotel. Aku check-in atas nama Zamri. Mana aku nak amik duit nak bayaq? Bilik kami sebelah.

Wow...5 star hotel punya bilik. Memang 5 star lah....tapi esok pagi2 kena check-out dah. Aku memang x boleh tidoq. Aku teringat kat abang.

I miss you...I love you...

Harap-harap esok akan lebih baik dari hari ini.

China...I'm coming....

Hari ni Adib, Zamri dengan Yazery panggey. Khamis ni kena fly ke Dongguan untuk Microsoft XBOX. Natrah belum qualified untuk di hantaq ke sana. However, after 2 weeks...Natrah akan pi jugak untuk lagi dua minggu.

Kelam-kabut aku balik rumah amik passport untuk apply VISA. Nasib baik ada gambaq spare. Aku call abang, bgtau kena outstation ke Dongguan for two weeks. Dia pun nak kata apa...dah reja...mau x mau kena la pi. Risau jugak aku nak pi.

Aku call mak bgtau. Suruh mak prepare makanan...macam sambai ikan bilis. Takut sana susah nak dapat makanan. Sibuk gak...mana nak bgtau Thailand...aku akan outstation for 2 weeks. So Zohri kena take care EMC jap.

Aku dah start rasa pressure....

:(