Anak Merdeka

Semalam aku dengan abang keluaq makan kat Mama Chop and Papa Grill. On the way balik, nampak la persiapan untuk malam ni. Sambutan Hari Merdeka yang ke-49. Dah 49 tahun Malaysia merdeka.

Tapi apabila kita renungkan kembali, kita masih terjajah sebenarnya. Minda kita, akal kita, kehidupan kita bahkan agama kita. Contohnya, Polis kita masih mengguna pakai akta kepolisan yang ditulis oleh Lord Reed ataupun lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reed. Kenapa perlu kita menggunapakai akal pemikiran Reed sepenuhnya? Kenapa tak digubal mengikut adab Malaysia sebagai negara ISLAM?

Terlalu banyak kepincangan dapat dilihat, rasuah...di mana-mana sahaja...,kroni...nak dapat kerja bukannya senang. semua nak kena ada references a.k.a recommendation from somebody...somebody. Orang yang bertuah macam aku...murah rezeki kerana mudah mendapat pekerjaan...x ramai. Masih ramai teman-teman aku yang memiliki keputusan akedemik yang lebih memberangsangkan masih terkontang kanting mencari kerja yang sesuai.

Pergaulan bebas...usah dikenaglah. Tak payah pi sampai ke KL atau Penang. Tengok saja kat Sungai Petani. Naik ja tingkat atas Central Square tu. Bersepah-sepah dengan PUNK, SKINHEAD....dengan minah-minah yang pemakaian bagaikan bohsia...berpelukan...berciuman tanpa segan silu di khalayak ramai. Walaupun mereka rata-ratanya lebih muda...aku sendiri takut dan geli untuk berjalan di celah-celah mereka.

Ingin ditegur...bagai mencurah air je daun keladi. Aku berharap dan berdoa...agar adik-adik aku yang sedang meningkat naik hari ini, tak terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ini.

Aku mencari erti kemederkaan seperti yang dilaung-laungkan. Cukupkah dengan memasang bendera di kenderaan ataupun di premis2? Cukupkah dengan perarakan di pagi Merdeka, laungan MERDEKA sebaik sahaja jam berdeting 12 tengahmalam? Itu bukti kita merdeka, tapi ia tidak mendatangkan kesedaran buat anak bangsa yang leka. Kita mungkin akan kehilangan kemerdekaan ini jika kita terus terleka.

Renung-renungkanlah...muhasabahkan diri...

-Peace-

0 comments: