DRAMA REVIEW : PRINCESS SILVER

















Dah lama x buat kerja merapu, melayan series drama. Sibuk nau. Tapi...bila kepala dah tepu....aku mencari escapism la ni  kononnya.

Malam tu, ntah mcmana bole kluaq regangkan badan ke ruang tamu koi 11mlm. Husband dah selamat ke lala land....bukan dia tgk TV...tp TV tgk dia.

So, wife la hijack TV. Ntah mcamana....bole tertengok this series kat TV8. Dah la channel ni jarang bukak....kena pulak episod 1....1 malam...teruih dia bg 2 episod. Hai la Nurhijriah...aku ni sangat la fan crita China zaman dulu2...Korea zaman dulu2....sebab suka sangat dengan pakaian dan props ...scenery...istana. ANd of course ada lawan2. Start2 ja dah lawan2. Terus terpacak melayan 2 episod straight.

And be me....sangat la x sabar nak follow episod by episod kat TV. Jenuh jugak mencari kat mana bole tgk online...finally found it.
Bermula lah...misi 58 episod Princess Silver.

Ceritanya pasai Puteri Rong Le dari Western Qi yang di hantar ke Nothern Realm untuk perkahwinan politik dengan Prince Li. Princess Rong Le ni, hilang ingatan....sampai abg dia Maharaja Rong Qi pun dia x kenai pada mulanya. Tapi, Rong Qi sayang sangat dengan Rong Le. Sampaikan masa nk hantar rombongan Rong Le ke Northern Realm pun dia nangis. Pelik di situ. Hahahahaha....

Maharaja Rong Qi ni muda lagi, tp sakit. Dia bergantung ubat dari mak dia. Which menjadikan dia sangat lemah bawah mak dia. Mak dia memang benci sangat Rong Le. Sebab katanya, Rong Le anak mak lain. Biasala kan? Raja2 zaman maharaja dulu memang banyak consort kan?
Ceritanya panjang sangat. Kisah cinta hero Wu You dengan Rong Le ni memang ala2 kisah cinta...apa jadi pun aku tetap pilih hg. Walopun hilang takhta hilang segala...asalkan cinta tak hilang. Gitu la rupanya.

Rong Le dalam ni bukan direbut 2 ja...tp 3. Orang kedua ialah suami pertama Rong Le iaitu Fu Chou...yg Rong Qi paksa kawenkan. Walopun plan asalnya dia nk kawenkan dengan Wu You. Tu la Wu You, sapa suruh sombong sangat. Hihihi...kan dah melepas.
Tpi....plot twistnya banyak. plot twist paling last ialah....mcamana Rong Qi habiskan sisa hidup dia 6 bulan terakhir dgn 1 permintaan, Rong Le percayakan dia dan hidup dengan dia menyamar sebagai isteri bernama Man Er....menunggu melahirkan.

But, actually Rong Qi menunggu masa Rong Le melahirkan anak untuk buat blood tranfusion untuk nyahkan racun yg mak Rong Qi bg pada Rong Le.

Rong Qi dan Rong Le sebenarnya kekasih sebelum mak Rong Qi bg racun bernama Destined Poison yg buatkan org yg makan hilang ingatan dan perlu bergantung pd ubat untuk memanjang umur. Darah Rong Qi...antidote pada racun Rong Le. Sebab Rong Qi di lahirkan dengan mak dia pindahkan racun yg mak dia kena pada anak dlm kandungan (jgn tanya aku lagu mana mak dia buat...hahahah).
Rong Qi punya sayang pd Rong Le...dia cuma nak Rong Le bahagia, sbb dia tau umur dia mmg xkan panjang dek sebab racun tu. Tp, darah dia bole jd penawar pd Rong Le....ntah la.

So, bila Rong Le dah dapat ingatan dia balik....sedihnya bertahun la.

Dendam mak Rong Qi kepada bapak Wu You, buatkan dia culik kembaq Wu You...which is Fu Chou...dan buat depa berbunuhan. Jahat gila.

Cerita ni banyak la yg x lojiknya...kalo nk cari lojik....jgn tengok... hahaha...tp...manor...palace...garden...bangunan...pakaian...memang gila cantik. Hahahahha

Cerita ni happy ending la kalo hgpa shipkan Wu You dan Rong Le.

Tapi sedih doh...bila Rong Qi mati.

p/s : aku tgk online kat sini 

#nurhijriahreview
#nurhijriahreviewdramachina
#PrincessSilver

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: