13 micro habit

Kita kena ada 13 micro habit yang ini. Ia kecil dari jumlah masa, namun beri impak besar dalam hidup:

1. Mengaji 1 helai Al-Quran setiap hari, jiwa akan tenang.
2. Membaca 1 helai buku setiap hari, akan dapat lebih 200 perkataan dimasukkan dalam kepala.
3. Bersenam 10 minit sehari, badan sihat.
4. Minum 8 gelas air masak sehari, badan cergas.
5. Sentiasa berfikir 1-2 saat sebelum bercakap atau menjawab soalan atau memberi idea adalah rasional.
6. Solat 5 waktu hanya 30 minit dari 24 jam sehari.
7. Menyusun checklist setiap pagi untuk siapkan kerja sepanjang hari.
8. Istighfar jika tersalah, bismillah untuk bermula dan sebut alhamdulillah apabila selesai adalah mendahulukan Allah. Ia sekitar 1 saat setiap kali menyebutnya. 
9. Mengucap selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sekitar 5-7 saat sahaja. Ia untuk tegapkan hati mendahului sifat, sikap dan cara baginda dalam melakukan sesuatu.
10. Sedekah secara transfer atau menghulurnya terus hanya sekitar kurang 10 saat sahaja. 
11. Terserempak sesiapa, beri salam. Ia hanya perlu sekitar 1 saat sahaja mengucapkannya.
12. Berdoa merupakan perkara kita suka buat. Namun kita sengaja baca laju-laju. Tenang! Bacalah perlahan-lahan, biasanya hanya sekitar 2-3 minit sahaja! 
13. Berwuduk hanya sekitar 1 minit sahaja kawan-kawan!

Kawan-kawan, 

Semua perkara ini sangat sekejap. Sangat kecil dari jumlah 24 jam sehari. Kita mahu hidup kita aman, tenteram, jiwa lapang dalam diuji, namun kita tak serikan dengan habit-habit "kecil" begini.
Ia adalah cara hidup (lifestyle), kita kena biasakan. Jadikan sebagai tabiat. Hidup kita akan banyak berkat. Dilimpah dengan berbagai hadiah, rezeki dan nikmat.
Begitulah.

Buat list micro sendiri gais! 
Lihat mana yang tiada, tambah! Mula terus esok! 
Bismillah!

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: