Biar papa asal bergaya


JANGAN MALU BERKERETA BIASA-BIASA.

Dik... Akak dengan suami ni kan, bertahun-tahun pandu jenama kereta biasa-biasa. Penah balik kampung pun naik Axia. Okay je?

Kalau nak ikutkan, Axia tu tak sampai 6 bulan gaji kami pun. 3 bulan pun tak sampai. Tak malu ke Ketua Jabatan memandu kereta biasa?

Malu? Kenapa nak malu?

Kita hidup jangan bertunjangkan pandangan sesiapa. Kekayaan kita bukan untuk ditayang, tapi untuk masa depan yang lebih gemilang.

Pandu Axia di jalan jammed Lembah Klang sangat mudah. Jimat petrol. Parking pun jadi luas. Kereta kecik, duduk lebih rapat dengan pasangan. Romantik berpegangan tangan.

Lagipun, kereta kecik tak menarik perhatian sesiapa di jalan. Terlanggar batu dan calar pun jiwa tak sengsara nak maki satu taman perumahan.

Kalau adik malu naik Viva, abang motor kapchai bagaimana? Setidak-tidaknya Viva hujan tak basah dik. Bagi yang bermotorsikal, hujan lagi kasihan terpaksa berteduh di bawah jambatan.

Bila kita jadi wanita, jangan jatuhkan airmuka wanita lain dengan menayang ketidakstabilan matlamat kita. Nanti arjuna ingat wanita tak faham apa yang penting dalam hidup.

Jika tanya akak, lebih baik memandu kereta biasa tapi berpendapatan lima angka, bijak berniaga, kad kredit bersih, bebas hutang, punya beberapa rumah sewa, emas simpanan dan unit amanah. Kereta kecil, poket luas lebih bahagia bukan?

Daripada berkereta continental tapi malas bekerja, simpanan sendu, menang bergaya, sembang kencang, nafkah diri dan anak bini belum tentu lepas pula. Spesis begini kalau mengeluh tak dapat BPN memang patut kena sekeh satu kali kat kepala. #apeni?

Kereta cuma besi yang bertampal jenama. Alat yang memindahkan manusia dari lokasi A ke lokasi B sahaja. Berpada-pada...

Maksimum 12 bulan gaji cukuplah kadar kereta di tangan marhaen seperti kita. Kalau dah lebih, simpanan bulanan jadi ciput pula. Kelak diri sendiri yang merana.

Tak salah berkereta mahal tapi JANGAN MALU BERKERETA BIASA-BIASA. Bila kita mampu berkereta lawa, jangan ingat yang memandu jenama lokal itu kekayaannya biasa-biasa.

Kereta tak lawa tapi kaya lebih baik dari berkereta mahal hujung bulan gelisah mengintai dompet yang tak seberapa.

Salam Sayang
Original author

Kereta cabuk tapi muka lawa - Neelopa

#kongsiilmu
#learnfromobservation

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: