Biasanya, klien2 saya yang datang consult pasal suaminya curang memang cantik jelita. Berpendidikan dan bekerjaya pula tu. Kalau tengok pangkal IC macam tak percaya 40an dah. Ingatkan awal 30an.
Bila tengok pula 'rupa' lelakinya yang curang, memang benarlah wujud kisah beauty & the beast. Bila tengok pula 'rupa' wanita si skandalnya, memang benarlah orang kata pasangan kena 'sekufu'. Belum dibandingkan lagi dengan tahap pendidikan dan kerjaya, macam langit dengan bumi berbanding si isteri .
Belum lagi cerita wanita usia warga emas yang menangisi nasib diri yang tidak lagi muda bergetah untuk melayan nafsu suami yang tak surut. Lalu tersiksalah jiwa raganya melihat si suami 'makan luar' demi memenuhi nafsu berahi. Sedangkan tubuh badan yang dikata longgar sana sini juga hasil 'buatan' si suami mahukan anak selori.
SOAL SETIA
Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. Soal iman. Iman yang tinggi, yang takutkan Allah, tidak akan berani-berani justify dosanya dengan menyalahkan kekurangan orang lain.
Sekufu juga bukan pada luaran tetapi pada selera iman pasangan tersebut. Pasangan yang amalnya lebih banyak mendekati Allah tidak sekufu dengan pasangan yang semakin menjauh dari Allah. Maka selera iman yang rendah akan mencari yang sekufu dengannya juga. Sebab tu tak heran tengok pasangan skandal si lelaki, memang sekufu sangat.
PERMATA VS BANGKAI
Kerana yang mengikat tali perkahwinan sampai syurga adalah Allah. Maka survivorship sebuah perkahwinan adalah pada menjaga keberkatan rumah tangga yang dibina. Jika hanya 1 pasangan shj yang memelihara agama, sedangkan sorang lagi kerja buat maksiat, tak susah untuk Allah pisahkan pasangan sebegini.
Yang sebenarnya curang itu berlaku bukan sebab kekurangan fizikal pasangannya, tapi kerana iman yang makin menipis yang tidak layak lagi untuk terus didampingi pasangannya yang solehah.
Bagi mereka yang diuji dengan suami yang curang, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Berhentilah mempersoalkan kenapa semua ini berlaku sedangkan kalian dah cukup 'jaga' suami supaya tak cari lain. Well, permata akan cari permata. Kalau dah bangkai akan tetap cari bangkai juga. I don't think u wanna keep the bangkai beside u right?
Author : Nurul Izzah Zainol
XOXO Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment