Malaysia sudah termasuk dalam senarai negara Lingkaran Api Pasifik

"Malaysia sudah termasuk dalam senarai negara Lingkaran Api Pasifik"
Bernama Radio, 13/8/2018 (Isnin)

Lingkaran Api Pasifik (bahasa Inggeris: Ring of Fire) merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa Pasifik.

Hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api ini. Daerah gempa berikutnya (5–6% dari seluruh gempa dan 17% dari gempa terbesar) adalah plat Alpide yang merentangi dari Jawa ke Sumatera, Himalaya, Mediterranean hingga ke Atlantik. Kesan dari gempa bumi akan menyebabkan berlakunya tsunami. Masa belajar subjek Geografi tingkatan 3 dulu, Malaysia tidak termasuk dalam senarai ini lagi.

R

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: