Malaysia hampir jadi macam Filipina if government tak bertukar dlm PRU14 yg lepaih. Allah masih sayang kan Malaysia. Alhamdulillah.
Kisah IMELDA MARCOS
bila baca, tak lari jauh dgn apa yg berlaku di negara kita pada masa sekarang. minta dijauhkan semuanya. Jom share jadikan kisah ini sebagai teladan.
Sejarah yang perlu kita ketahui dan harapnya kita dapat kita ambil iktibar atau pengajaran daripadanya…
Filipina selepas perang dunia ke 2 adalah negara KEDUA TERKAYA di Asia Timur selepas Jepun.
Tetapi apabila Ferdinand Marcos mengambil alih tampuk pemerintahan negara tersebut pada tahun 1965 sehingga 1986, Filipina menjadi antara negara termiskin di Asia.
Dan kita semua dah tahu kisah penyalahgunaan kuasa serta gaya hidup mewah dan keterlaluan Marcos dan isteri nya Imelda.
Kemewahan yang di biayai oleh titik peluh rakyat Filipina yang hidup dalam kemiskinan sepanjang 20 tahun pemerintahan pasangan suami isteri itu.
Sebelum diangkat menjadi Pembantu Presiden Filipina pada tahun 1947, Ferdinand Marcos yang lahir pada 11 September 1917 dikenali sebagai pemuda nakal dari daerah miskin.
Selama menjadi mahasiswa, dia aktif menjadi peninju dan ahli sukan. Kenakalan ini pernah membawanya terseret pada suatu kes pembunuhan. Dia hampit dibuktikan bersalah dalam perbicaraan, namun pada sesi soal balas saksi dan bukti, dia dapat mematahkan tuduhan itu.
Kemudian, orang ramai juga pernah meragukan pengakuannya yang memiliki peranan besar dalam perang melawan Jepun ketika menjadi tentera Filipina selama Perang Dunia II. Ramai yang mengatakan bahawa Marcos hanya membesar-besarkan cerita dan tidak ada peranan penting sama sekali dalam perang tersebut.
Angin keberuntungan mula bertiup kencang menghampirinya ketika dia berkarier dalam kancah politik dengan bergabung ke Parti Liberal. Dia dua kali terpilih menjadi anggota parlimen dengan parti yang sama.
Semenjak itu kehidupannya mulai menjadi mewah dan pesta berfoya-foya menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya.
Gaya hidup inilah yang menjadi titik awal dia bertemu dengan Imelda, yang ketika itu berkarier sebagai seorang model. Seperti gayung bersambut, dua sejoli penggila pesta dan barang mewah ini sentiasa merasa apa yang dimiliki belum cukup untuk menunjang gaya hidup yang mereka inginkan. Mereka menginginkan kekuasaan tertinggi di negara Filipina yang mula diliputi oleh wabak kemiskinan itu.
Sayangnya, angan-angan Ferdinand tidak lama. Parti Liberal telah menolak untuk menjadikannya sebagai calon presiden. Akhirnya, dia berpindah haluan ke Parti Nasionalis dan dapatlah dia terpilih menjadi presiden pada tahun 1965.
Selama 4 tahun kepemimpinannya, kemiskinan negara Filipina semakin menjadi-jadi. Masalah tanah yang memang menjadi masalah berpanjangan di Filipina, semakin tidak menentu keadaannya. Sebabnya, kebanyakan tanah-tanah telah diagih dan dikuasai oleh para kroni kuat Ferdinand dan Imelda. Tingkat kemiskinan pula semakin tinggi dan masalah pengangguran masih terus membayangi Filipina.
Tetapi kenyataan akhbar-akhbar dan media sentiasa berkata lain tentang Ferdinand dan Imelda. Ini bagi menenangkan rakyat sambil kekayaan Filipina terus dikorek dan dikumpul oleh pasangan ini.
Rakyat telah berjaya diperbodohkan dengan penguasaan media dan pihak berkuasa Filipina yang sememangnya berada di dalam poket Ferdinand. Kroni-kroni pula sentiasa mendapat habuan supaya terus menyokong dan menyanjung kepimpinan Ferdinand. Tidak ramai yang berani bersuara kerana akibatnya mungkin akan menutup periuk nasi atau akibat yang lebih buruk lagi.
Semasa pemerintahan Ferdinand yang kedua (pada tahun 1970)… ia merupakan era gelap yang baru bagi Filipina. Dengan cara pemerintahan kuku besi, dia menangani para penentangnya. Di masa ini jugalah muncul gerakan pemberontakan Moro National Liberation Front (MNLF).
Berikut adalah modus operandi kejahatan rejim Marcos dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaannya dan menghalalkan salah lakunya:
Mengangkat isteri, keluarga, sahabat, orang-orang kampungnya dan para kroni untuk menduduki jabatan-jabatan strategik dengan tujuan agar dapat melakukan rekayasa dan justifikasi perompakan wang rakyat. Isterinya, Imelda Marcos, secara kuku besi telah diangkat menjadi Datuk Bandar Manila merangkap Menteri Perumahan Rakyat dan Ekologi. Pos-pos ketenteraan penting diisi oleh para kroni Marcos untuk menjamin dukungan angkatan bersenjata kepada dirinya. Kemudian, para jeneral tentera telah dimanjakan dengan bisnes dan projek bernilai jutaan dollar yang difasilitasi negara dengan menggunakan kaedah intimidasi, ugutan dan monopoli kepada para ahli-ahli perniagaan lain.
Memijak sewenang-wenangnya musuh-musuh politiknya dengan polisi-polisi aneh. Tidak cukup dengan itu, Marcos menggunakan tangan-tangan besi tentera untuk mengancam, menculik, dan membunuh rakyat yang menentangnya, serta mana-mana saingan politiknya yang dianggap merbahaya.
Membatasi sesuka hati parlimen untuk memastikan kekuasaan penuh Presiden. Salah satu caranya ialah dengan menggagalkan Rancangan Undang-Undang Pembatasan Kekuasaan Presiden yang ketika itu hangat diusulkan setelah melihat Marcos terlalu bermaharajalela.
Modus kejahatannya yang paling menghebohkan adalah keterlibatannya atas pembunuhan lawan politik terkuatnya saat itu, Benigno Aquino. Tapi, Marcos justeru menuduh bahawa kaum komunislah yang mendalangi penembakan Aquino di bandar Manila dan dirinya tidak ada kena mengena dengan insiden ini. Peristiwa inilah merupakan titik tolak terpenting bagi kejatuhan Marcos. Rakyat yang sudah lama tidak percaya dengan tuduhannya kepada kaum komunis telah memprotes sistem diktator Marcos dan konco-konconya. Mereka menamakan gerakan mereka itu sebagai People Power yang dipimpin oleh isteri Benigno bernama Corazon Aquino. Tentera yang selama ini menjilat Marcos, mula gentar menghadapi kekuatan rakyat yang begitu besar dan berbalik arah menentang Marcos. Ditambah dengan saranan Presiden AS Ronald Reagan memintanya untuk mundur, maka Marcos dan keluarga akhirnya melarikan diri ke Hawaii pada 1986.
Menurut data Transparency International, Marcos sudah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya 10 billion dollar atau setara dengan 450 billion ringgit. Itu tidak termasuk lagi barang-barang mahal yang dibelanjakan oleh Imelda. Hasil curiannya itu juga disimpan berupa dana di bank-bank Swiss dan aset-aset hartanah di Amerika Syarikat dan Eropah.
Dalam perjalanannya, pengadilan Amerika Syarikat dan Swiss memutuskan bahawa harta milik Marcos dibekukan serta harus dikembalikan ke negara Filipina. Marcos pun menjadi gila dan meninggal di pengasingannya di Hawaii pada 1989.
Setelah kematiannya, kebencian rakyat terhadap dirinya masih belum sirna dan belum pudar. Pemerintah Filipina yang baru telah menolak jenazahnya untuk dikuburkan di Filipina.
Presiden Filipina ketika itu yakni Aquino juga khuatir pemakaman Marcos akan membuat situasi di Filipina semakin memburuk lantaran bekas pengikut Marcos akan menjadikannya mitos untuk melancarkan gerakan anti pemerintah. Akhirnya, jenazah Marcos diawet dijadikan mummy dalam peti kaca.
credit to https://www.google.com/amp/s/zulsegamat.wordpress.com/2017/06/21/sejarah-hitam-filipina-ferdinand-dan-imelda-marcos/amp/
XOXO