Aku suka cerita ni. Gigih beli Astro First for this movie. Aku rasa sangat berbaloi untuk naskhah sebaik ni.
Jarang Malaysia ada crita yang baguih macam ni.
Great job semua 👏🏽👏🏽👏🏽👏🏽
Cerita yang sangat mengesankan.
Kalo tak 😭😭😭😭... Tak paham cerita la tu.
BISIK PADA LANGIT | Sesuatu yang kamu paling sayang itulah sebenarnya ujian terbesar untukmu. Mungkin itulah yang dapat saya simpulkan melalui filem ini.
Saya tonton filem ini kerana ia hasil karya Kabir Bhatia dan penulis skrin Sophia Rhyland dan Maizura Mohd Ederis. Saya pernah lihat hasil kerja Maizura dan faham dengan bahasa filem Kabir Bhatia. Itu yang saya mahu lihat. Saya nantikan sinematografi yang baik, cantik dan gambar yang bercerita.
Ternyata ia tidak menghampakan. Malah, saya dapat lebih daripada yang diharapkan. Ini jarang terjadi apabila menonton filem. Selalunya, apabila filem digembar-gemburkan, kita akan masuk dengan harapan yang tinggi dan setinggi itulah harapan kita jatuh berkecai. Tetapi, tidak untuk #BisikPadaLangit.
Sudah lama tidak menonton filem yang bertemakan kasih sayang keluarga dengan sebegini baik. Selalunya, yang digambarkan ialah hanyalah cinta. Kalau ada pun, biasanya kasih sayang seorang ibu. Kali ini tidak, ini tentang kasih sayang seorang bapa. Dari mula hingga akhirnya, ialah tentang bapa. Hakikat bahawa ia masih boleh ditayangkan di luar musim (bukan pada bulan Jun @ Hari Bapa), menunjukkan filem ini relevan untuk semua generasi, malah untuk semua bangsa.
Wataknya tidak ramai tetapi semuanya berfungsi dengan baik. Semuanya masuk ke dalam bingkai cerita dengan sebab tertentu, untuk memberikan kesan tertentu. Elemen 'showing' amat baik dan tidak terganggu oleh elemen 'telling'. Setiap babak tidak meleret dan digunakan sebaik-baiknya untuk menggerakkan cerita ke hadapan. Teknik imbas kembali memperkukuhkan alur cerita dan selalu juga memberikan kesan emosi yang luar biasa.
Jadi, Bisik Pada Langit ini cerita tentang apa? Selain tentang ayah yang pilih kasih (tetapi dia tidak sedar yang dia sedang pilih kasih), ada juga kisah anak yang cuba keluar dari ruang 'kongkongan' kasih sayang yang dinamakan sebagai 'perlindungan'. Serius, hal ini saya faham kerana melindungi anak-anak secara berlebihan boleh melemaskan sesiapa sahaja. Ada anak akan memberontak untuk mencari perhatian. Anak yang lebih matang akan cuba cari jalan tengah - memahami si ayah, dan menenangkan adik-adik. Tidak kurang juga ada yang boleh memanipulasi situasi ini untuk kepentingan diri sendiri.
Akibat terlalu menyayangi, terlalu melindungi dan terlalu garang dan terlalu dalam segala hal, anak-anak akan mencari jalan keluar dan di situlah ujian terbesar seorang ayah. Apabila dia terlalu menyayangi sesuatu, di situlah Allah letakkan ujian untuknya.
Antara yang saya suka dalam filem ini ialah apabila sudah terdesak dan tidak ada daya upaya lagi untuk kita lakukan apa-apa sebagai manusia, berserahlah kepada Allah. Terus sahaja mereka solat. Irwan, teman lelaki Hajar, solat di ruang legar hospital. Ayahnya, solat di rumah di Benut. Apabila dengar Hajar sudah sedar dari koma, mereka batalkan hasrat untuk buat pasport, pergi solat dan sujud syukur dulu di masjid. Apabila ayahnya sudah terlalu kecewa dan amat marah, Zaidi ingatkan ayahnya supaya ambil wuduk dan solat, seperti yang ayahnya pernah ajarkan.
Sinematografi - ini memang yang dinantikan. Filem Kabir Bhatia, kan? Saya memang jangkakan elemen ini! Latar Benut, Pontian serta Kukup dan Tanjung Piai jadi amat cantik. Kak Tiras Raduan patut tonton juga untuk lihat kampungnya diabadikan dalam filem ini. Itu belum lagi dicampur dengan latar Perth yang turut dipaparkan. Tapi, saya lebih kagum dengan latar negeri kita apabila sudut kameranya baik dan disunting dengan memasukkan teknik gerak perlahan (slow motion).
Pendek kata, kalau kata mahu sokong filem tempatan tetapi tak suka filem cinta-cinta yang entah-apa-apa, atau tak suka filem samseng, filem mengarut; ini peluang anda untuk menonton filem yang baik, tetapi tidak mengarut. Cintanya minimalis sebagai penggerak cerita. Cerita tentang redha dengan ketentuan dan rezeki setiap daripada kita. Yang kita dapat itu belum tentu anugerah kerana setiap satu yang kita anggap rezeki itu ialah amanah dan ujian untuk mempertingkatkan iman.
Ya, pergi tonton dan jangan tonton online (dan berbangga apabila tonton online). Jangan bunuh karyawan kita dengan tonton percuma. Filem ini masih lagi ditayangkan. Kalau tiada masa menonton, tunggu di Astro First atau beli DVDnya apabila keluar nanti. Saya sangat anti dengan orang yang tonton filem secara cetak rompak!
** Kalau tak silap saya, Roshfaizal Ariffin terlihat namanya sebagai orang penting kesan visual untuk filem ini? Jika benar, tahniah!
XOXO
Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment