Welll.....me and muzium. Hihihihihi...Redha je la...
Kalo kita tak menjejak warisan, pasti hilang warisan itu.
Kalo nak crita pasai Muzium Perak ni....jenuh. Dah la besaq...macam-macam ada.
Pasaipa mana pun aku suka pi Muzium?
Sebab dari Muzium la kita belajaq tentang sejarah sesuatu tempat. From Muzium la kita bole lebih mengenal asal usul kita.
Dan Muzium jugak ada terlalu banyak khazanah ilmu alam yang selama ni kita tatau dan tak pernah Nampak kewujudannya.
Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran pengggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.
Diluar bangunan muzium, boleh dapat dilihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai dan sampan purba.
Alert : Most of picture exhibit ni, anak yang amik. Yang teruk gegar nya...deleted.
Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.
Pada mulanya fokus pihak penjajah adalah untuk mengumpul spesimen sejarah semulajadi negeri Perak. Jadi apa yang terkumpul di sini adalah pelbagai spesimen haiwan — dari sang kancil dan harimau hinggalah kepada tulang binatang-bintang besar seperti gajah.
Walaupun koleksi di sini lebih menjurus kepada koleksi sebuah muzium zoologi dan botani, ia juga ada sejarah orang asli, koleksi kereta antik milik pembesar Perak dan mini galeri 3D untuk anak-anak bergambar.
Koleksinya banyak dan jauh lebih baik dari muzium di Ipoh. Cuma sayangnya, ia kelihatan tiada fokus kerana koleksinya terlalu pelbagai — dari tulang haiwan kepada baju pengantin dan topeng orang asli.
Me and husband can spend hours kalo dekat Muzium.
XOXO
Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment