Travelog : Spritzer ECO Park (Mac 26, 2016)

Spritzer ECO Park ni tadak dalam senarai untuk dilawati sebenarnya.
Sebab tatau pun kewujudan tempat ni.

Tau pun, masa Google waktu makan kat Koayteow Doli tadi.
Sebab dok pikiaq nak pi mana pulak. Google je POI yang terdekat.

Sebab tak la jauh mana, kita jengah mai sini.

Park ni free ja.

Actually bole join tour tengok macamana depa process ayaq. Tapi, kami sampai masa operasi dah habih. But, park is still open.













Cactus rock ni dikatakan berusia 214 juta tahun...hm...macamana depa kira ha?




SUprisingly, kawasannya sangat bersih dan cantik. Masa kami sampai ada few couple dok buat wedding photoshoot, metsi cantik.

Bila anak tengok ada dan bole main golf....merap la nak main.

So, pi sewa 2 kayu golf, giliaq2 la main sampai cemuih.







Kawasan ni sangat bagus untuk rekreasi, berehat dan relax. Cumanya, kalo malam, bahaya la sikit kot. Sebab sunyi.

XOXO

Lots of loves -H3H-

Travelog : Restoren Doli (Mac 26, 2017)

Penat jalan, perut dah lapaq...wajib la cari makanan kan?

Mak ajak try Koteaw kat Restoran Doli ni.
Katanya sangat sedap dan femes kat Taiping ni.








Taste dia OK. Tapi for me...lets suggest people to come to Alor Setar and try Koayteow Goreng Iman. Situ...never failed my taste.

Tapi kata mak...kita mai nak rasa....betoi la tu mak. Kalo tak rasa, tatau.

XOXO

Lots of loves -H3H-

Travelog : Muzium Taiping (Mac 26, 2016)

After checkout dari Bukit Merah Resort....kita tala Muzium Perak.

Welll.....me and muzium. Hihihihihi...Redha je la...





Kalo kita tak menjejak warisan, pasti hilang warisan itu.

Kalo nak crita pasai Muzium Perak ni....jenuh. Dah la besaq...macam-macam ada.

Pasaipa mana pun aku suka pi Muzium?
Sebab dari Muzium la kita belajaq tentang sejarah sesuatu tempat. From Muzium la kita bole lebih mengenal asal usul kita.

Dan Muzium jugak ada terlalu banyak khazanah ilmu alam yang selama ni kita tatau dan tak pernah Nampak kewujudannya.

Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran pengggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.

Diluar bangunan muzium, boleh dapat dilihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai dan sampan purba.

Alert : Most of picture exhibit ni, anak yang amik. Yang teruk gegar nya...deleted.

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.


















 






























Pada mulanya fokus pihak penjajah adalah untuk mengumpul spesimen sejarah semulajadi negeri Perak. Jadi apa yang terkumpul di sini adalah pelbagai spesimen haiwan — dari sang kancil dan harimau hinggalah kepada tulang binatang-bintang besar seperti gajah.

Walaupun koleksi di sini lebih menjurus kepada koleksi sebuah muzium zoologi dan botani, ia juga ada sejarah orang asli, koleksi kereta antik milik pembesar Perak dan mini galeri 3D untuk anak-anak bergambar.

Koleksinya banyak dan jauh lebih baik dari muzium di Ipoh. Cuma sayangnya, ia kelihatan tiada fokus kerana koleksinya terlalu pelbagai — dari tulang haiwan kepada baju pengantin dan topeng orang asli.






















































Me and husband can spend hours kalo dekat Muzium.






 


XOXO

Lots of loves -H3H-