What you have learned from #HarryPotter movie ?

Me... Always love Harry Potter. Even dah bertahun this series complete... I still love it. And now... Continue with Fantastic Beast. Can't wait for next Fantastic Beast 2 😍































XOXO

Hiking - Gunung Jerai melalui Trek Jejak Warisan (24/5/2015)

Gunung Jerai melalui trek jejak warisan, akan menjadi trek yg xkan aku lupa. Trek yg super mencabar bagi aku.

Info yg dapat sebelum mula hiking is, 3-4jam naik dan another 2-3 hours untuk turun.

Kami berkumpul di Muzium Lembah Bujang pukul 8.15pg, selepas sarapan di kedai makan di jalan masuk ke Muzium.

Hanya 7 orang kali ni, termasuk aku dan kak Haz.

Azrul, Saiful, Abg Lan, Kak Haz, Aku, PakDee dan Iwan

Kita makan dulu

Only ladies....hihihihihihi

Selfie itu wajib....hihihihihihi


Saiful, from team #theFitfighthers...team from JK1M#3


Kami mulakan pendakian hanya dengan info yg abg Lan dpt melalui temannya. Ingatkan abg Lan, Iwan atau PakDee pernah hiking ikut trek ni. Tp, rupanya....semua org fresh to this trek. None of us pernah hiking ikut trek jejak warisan ni.

Dek sebab tu, masa terbuang hamper sejam sbb tersilap trek dan masuk ke kebun orang. Hihihihihi. Masa ni, cabarannya bukan silap trek...tapi....pacat....huhuhuhuuhu....

Pacat banyak gila kot. Aku dah la takut dan geli pacat. Kak Haz terer....rilek ja buang pacat. Kiranya hari ni, semua org derma darah kat pacat....especially Abg Lan dan PakDee.


Sebelum sesat....tp dr point ni la sesat sblm patah balik ke sini utk mula semula.

Masa sesat termasuk dlm kebun orang....muka masih fresh



Selepas sejam, barulah kami mulakan hiking yg sebenar....and...its only the beginning....






None of us know...sebenarnya hiking kali ni bukan lah 3-4jam mcm dikata...3-4 jam hanya separuh perjalanan....gulp....

Since no one ever hike using this trek...kami tatau berapa jauh lagi perjalanan kami lepas 3-4jam berjalan.

Waktu kami berhenti berehat, kami tereserempak dgn hikers from medical college and guide from museum...they said...kami hanya baru 1/3 perjalanan....dan normally pendakian akan ambil masa 7-8jam.

Aku mcm nk pitam....huaaaaaaa


Muka dah letih





Abg Lan lena sbb tunggu aku....huhuhuhu




Apa yg membezakan hiking ni dengan melalui titi hayun?
Walopun masa yg diambil sangat lama...or bole dikatakan sekali ganda lebih drp trek titi hayun, walopun aku krem dua belah kaki...aku janji...once aku btoi2 fit....aku akan repeat lg trek ni. Insya-Allah.

Sebabnya? Permandangannya....subhanallah...Masya-Allah...terlalu cantik and priceless.

Mulanya aku krem paha kiri, later paha kanan dan seterusnya kaki. But, I learn a lot from here. Thank you PakDee, sbb ajaq aku macamana nk handle bila paha dan kaki cramp. Mcmana nk terus move dan hayun kaki bila sakit dan krem.

Its not easy. But, aku kena keep going sbb kami semua tatau kat mana kami....jauh mana lagi? I love my team.

Thank you so much for your support. Hiking berkumpulan is about team work. Is about working together.

I promise myself, aku akan usaha untuk jd lebih fit...untuk x menyusahkan org lain lagi in next hiking.

Lets enjoy view as captured by our cameras. Tp, you should be there and view it yourself.





I will miss this view



peluh? segala baju, tudung dan seluar...semuanya lokoih dek peluh.
baju...siap bole perah lagi....hihihihihi













PakDee dengan pacat2 yg kekenyangan











































Fast and Furious la sangat....the best pic of the day


I'm fying....kat Puncak Kepala Angin



Puncak yg paling cantik sepanjang pendakian ni, is Kepala Angin Puncak Jerai.
Subhanallah...masya-Allah...speechless.

Throughout 8hours (not including 1 hour, sesat)....rasanya 7-8 puncak yg kami rabat.
Puncak curam, puncak berbatu, puncak berlumut,





After 9 hours of waking and kind of hopeless when think of...how far will it be...aku mcm nk sujud syukur bila dengar bunyi motor. Bunyi motor bermakna kami dah sampai dan bakal keluar dr utan...yahoooooo

Why? Aku mmg dah x larat nk hayun kaki...dah penat sangat dah. Huhuhuhu



Rehat sat sblm teruskan perjalanan ke air terjun Puteri Mandi.



Kalo ikutkan...xlarat dah nk hayun kaki ke Puteri Mandi.
Tapi kalo x ke Puteri Mandi, rasa mcm x lengkap pulak perjalanan kami.

Dengan kaki yg sakit, perjalanan melalui tar jugak x mudah. Tapi dek semangat nk refresh dgn air terjun lepaih seharian bermandi peluh, kembalikan semangat aku utk terus hayunkan kaki.

Aku teringin sangat nak dok bwh air terjun tu, tp kenangkan kaki yg krem dan sakit, x berani nk pi jauh2...kalo krem dlm ayaq mcm kat Monkey Beach hr tu, mcmana?

Huhuhuhu....x sanggup nk bayang. 






Its really refreshing.

Tapi kami x sempat nk berlama-lama di Puteri Mandi. Walopun br pukul 5.30 petang, cuaca yg makin redup dan guruh2 manja...buatkan suasana hutan jadi gelap.

Aku yg mulanya nk tukaq baju lepas mandi, x jadi tukaq...sbb cuaca yg dh semakin gelap dan sejuk mcm nk hujan. Lagipun, rasa susah jugak nk tukaq baju dengan keadaan yg agak terbuka. Gunakan kain batik pun susah jugak.

Keputusan yg aku buat utk x tukaq bj, agak bagus jugak sbb dlm perjalanan keluaq dr Puteri Mandi...hujan mula turun dan buatkan kami separuh berlari keluaq dr hutan sbb tamau terperangkap dlm gelap hutan.

Hujan yg makin lebat, buatkan kami ambil keputusan untuk berlindung di pondok berdekat dengan batu kapal sambil abg Lan melayan 2 org PakCik yg memang dah ada di situ.

Sebaik hujan agak sereyat, kami teruskan perjalanan ke Resort untuk dapatkan van turun.

Tak larat dah kot nk hayun kaki utk few more hours dlm gelap untuk turun balik ikut trek mai. Lagipun, we're not prepared utk perjalanan mlm dlm hutan.





Sempat la bersantai, berehat dan solat asar sementara tunggu van.

Alhamdulillah...kami berjaya dapatkan van untuk turun ke kaki gunung dan bawak kami balik ke Muzium.

Jauh jugak rupanya dr kaki gunung ke muzium...huhuhuhu. Kami sampai muzium pukul 8.30mlm.
Dari muzium ke balik ke rumah mak, aku rasa mcm dah drive laju dah...rupanya...aku mampu bwk 50km/j....hahahaha...nk tekan minyak pun x larat dah rupanya.

Summary :

Walopun perjalanan kali ni lebih mencabar dr yg dibayangkan, aku x menyesal sertai xtvt kali ni. Aku bersyukur diberikan peluang untuk habiskan perjalanan kali ni tanpa sebarang kecederaan lain selain drp krem dan sedikit injured di kaki. Its not harmful....cuma its beyond my current body limit.

Itu maknanya, aku perlu kerja dengan lebih keras utk turunkan berat badan dan getting more fit. So, I may do what I love.

Abg Art ada cakap tentang ni jugak. He worry aku akan get serious injury while hiking if aku x work hard utk atasi masalah obesiti aku.

Promise to myself, I'll work harder. Insya-Allah.

XOXO