Asmara

Rhupanya aku suka layan tv la ni no. Selasa dok follow crita nama asmara lak kat tv3. Isk...isk...
Dia punya...aku tak tau awat bila aku dgr rasa mcm pedih ja...ada apa kena mengena dgn aku? Aku rasa xdak kena mengena...hehehe...leleh ja lebey.

Yg pasti...crita ni lagi besh dr Hotel Mania...hehehe...

Ni aku kopipes ja...kredit tu Cikgu Dahlia...

Drama Asmara Lestary TV3 – Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa (Sinopsis)

Assalamualaikum WBT dan Salam Kemerdekaan ke-53 untuk semua! ..
Petang tadi aku berkesempatan melihat Promo Drama Asmara yang akan mengisi slot Lestary TV3 mulai malam ini. Actually dari last week lagi aku ada dengar penyampai Hot FM menyampaikan bahawa sebuah Drama terbaru yang mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja sekarang akibat daripada pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama akan ditayangkan di TV3. Dengan judul ASMARA, drama ini membawa tema “Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa” akan menggantikan Drama Muzikal Hotel Mania yang di slot Lestary TV3 setiap Selasa jam 9.00 malam.



Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. Asmara akan menggandingkan bintang baru, Shaz Jazle sebagai Asmara dan Faezah Elai sebagai Zaliya selain daripada pelakon-pelakon yang tidak asing lagi, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi.

Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Akad Nikah Asmara dengan Zaliya
sumber foto : www.budiey.com

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.


Blogger Templates
Blogger Templates

0 comments: