Tutorial a proper Hijab

Dah lama x update blog, tetiba ja update tutorial tudung? Pelik? Jgn pelik. Aku suka pakai shawl, tp asik pakai cara yg sama ja. Kebetulan terjumpak tutorial utk shawl yg labuh lg besaq....apa lg...share kan saja. Mungkin ada org lain jugak perlukannya. Insya-Allah aku akan try kot...hehehe. Yang penting menutup aurat dan simple kan?









Salam Aidilfitri 1434

Sat ja masa berlalu. Rupanya dah lebih sebulanaku x update blog. Sungguh2 aku sibuk....hahaha... sibuk la sangat.

Ramadhan kali sangat laju...rasa cam sat sgt aku posa tahun ni....isk...isk...apakah ada Ramadhan lg untuk aku tahun depan? Hm....

Di bulan Syawal yg mulia ni, Maaf Zahir dan Batin.


Ikhlas dr kami ber3 

p/s : Sedih sket...x sempat snap family pic tahun ni...next vacation kita tangkap, ya...hehehe...

XOXO

Alkisah Berkongsi

Copy paste dr fb Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah senduk ajaib….

Seorang pengembara Ustaz Sabu tiba di sebuah pekan bernama Pekan yang penuh kedaifan…

Para penduduk tidak berapa senang dengan kedatangan Ustaz Sabu kerana takut beliau meminta makanan daripada mereka yang kini hidup dalam kesusahan.

“Ustaz boleh tinggal di sini, tapi sini tak ada makanan untuk ustaz ya…” kata Rudin, ketua kampung yang suka memakai cermin mata terbalik.

“Ana bukan datang meminta makanan… ana datang nak memasak sup untuk dikongsikan anta sekalian,” kata Ustaz Sabu.

Para penduduk Pekan melihat gelagat Ustaz Sabu yang gigih membina api dan memenuhkan periuk besarnya dengan air.

Dengan melakukan satu gelagat aneh – Ustaz Sabu mengeluarkan satu senduk yang dibalut dengan batu di penghujungnya dan mula mengacau air yang sedang mendidih.

Ustaz Sabu menghibu bau sup, dan bercakap, “Aduhai wanginya sup yang dimasuk senduk ajaib batu ini.”

Para penduduk mula tertarik kepada apa yang dilakukan Ustaz Sabu…

“Alangkah baiknya kalau ada sedikit kobis, sup ini tentu lagi lazat,” kata Ustaz Sabu.

Rudin terus balik ke rumah dan mengambil kobis yang disimpannya untuk diberikan kepada Ustaz Sabu… “Ana nak cuba sup lebih nanti ya…”

“Boleh. Tak ada masalah… tunggu dulu, dan ana nak kacau sup ini guna senduk ajaib untuk masak kobis,” kata Ustaz Sabu.

Ustaz Sabu mengulangi karenahnya, dan penduduk mula membawa keluar makanan untuk dikongsikan untuk membuat sup… lobak, daging, bawang, ubi… akhirnya sup Ustaz Sabu dipenuhi dengan makanan yang boleh mengenyangkan satu kampung.

Wahai anakku,
Kisah ini memperlihatkan bagaimana manusia mula menjadi kedekut tatkala dalam kesusahan. Apabila sumber semakin kurang, manusia menjadi menyepi dan pentingkan diri sendiri. Mereka akan mula menjauhkan diri daripada orang lain dan menutup diri sendiri daripada berinteraksi daripada orang lain. Seperti kisah senduk ini, akhirnya satu penduduk Pekan kelaparan kerana tidak berkongsi.

Wahai anakku,
Engkau jangan sangka semakin disimpan sesuatu, kamu akan menjadi lebih kaya secara dalaman, tapi realitinya kamu menjadikan sekeliling dan diri sendiri lebih daif kerana kamu tamak dan tidak rela berkongsi apa yang ada. Engkau juga jangan suka menyimpan ilmu dengan tanggapan sendiri akan menjadi lebih pandai daripada orang lain, walhal sebenarnya makin disimpan, kamu sendiri semakin tidak belajar dan akhirnya menjadi mundur.

Wahai anakku,
Ustaz Sabu telah berjaya menarik perhatian penduduk yang daif untuk keluar berkongsi dan penduduk Pekan akhirnya memahami dengan berkongsi mereka mendapat lebih banyak daripada benda yang sedikit. Apakah engkau akan bersikap seperti penduduk Pekan seperti Rudin yang mulanya kedekut sehingga menghalau Ustaz Sabu? Atau kamu akan bersikap suka berkongsi yang akhirnya dapat melahirkan satu sup yang lazat untuk dikongsikan seluruh kampung?

Senyum.

XOXO Lots of loves -H3H-