Malam semalam, husband come to limit...demam aku tak kebah kebah dan dah berapa hari tak lalu makan. Tak lalu makan tahap yg nak habihkan setengah keping rotigardenia pun kena tolak masuk dengan ayaq semata untuk makan ubat.
Barely stad. Duniaku terasa berputar-putar.
Mak hantar abang mai paksa aku pi spital, referral letter memang doktor Klinik Azhar dah bagi dari hari tu lagi, after second time aku pi sebab makin teruk. Check influenza jugak sebab rasa teruk sangat, but alhamdulillah...just demam. Waktu abang sampai, husband aku memang tengah bungkuih kain baju aku dah, in case kena tahan wad.
Masa sampai ke Metro, aku sedaq lagi.
Masa depa check awai tu aku dah mula antara sedaq dengan tak sedaq. Last aku dengaq depa tanya husband, aku ada darah tinggi ka? Husband cakap tak, aku darah rendah. Nurse kata, darah aku tinggi sangat...186.
Depa bagi aku pakai oksigen dan aku dah tatau apa dah. Sedaq2 pagi ni koi 6.15...lambat sikit nak process. Lupa mai spital. Cari phone, husband send wasap bagitau dia balik dulu sebab laki x le tunggu. Aku dok bilik 2, so...husband x le tunggu. Dia balik dekat koi 1pg, dia tanya nak pesan apa2 ka, nanti koi 10pagi dia mai balik.
Aku cakap, xyah la...mai je lepaih jumaat. Kalo mai koi 10...nanti kalut lak nak pi solat jumaat.
Nurse first visit check BP, baru bangun ja tu...darah aku naik sampai 201. 5 kali check last skali 180. Kalut depa....sebab tinggiiiiiiii. Patut la aku pening.



0 comments:
Post a Comment